INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Monday 27 May 2013

GORONG ROYONG

24 Mei 2013. Jumaat sempena Cuti Hari Wesak, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara bersama Biro Kebersihannya mengadakan satu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Taman Kiara. Gotong-royong tertumpu kepada kerja-kerja mencerahkan kawasan yang semak dan belukar kawasan sekeliling taman, kawasan padang dan kerja-kerja melabel peralatan hak milik taman. Terima kasih kepada yang memberikan kerjasama. Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan di masa-masa akan datang. Satu lagi gotong royong Perdana bersama MPM sedang dirancang.











Thursday 23 May 2013

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh penduduk Taman Kiara berasa sedih atas kepemergian Allahyarhammah Pn Elia binti Jabar isteri kepada En Mohd Radzuan bin Shukor dan ibu kepada 3 orang anak iaitu Nurul Aqilah (16 thn), Muhamamd Aqil ( 14 thn) dan Nurul Izzah (11 thn). Beliau telah meninggal dunia pada 21 Mei 2013 bersamaan 11 Rejab 1434H.

Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Jawatankuasa Surau Al-Ittihad Taman Kiara dan Persatuaan Kebajikan Wanita Taman Kiara mengucapkan TAKZIAH kepada En Radzuan sekeluarga. Semoag beliau dan anak-anak bersabar dengan dugaan Allah ini. Sesungguhnya mati itu adalah benar.

"Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila mati seorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain, lalu diamalkan, dan doa seorang anak yang soleh." 



AL-FATIHAH

Friday 17 May 2013

AKTIVITI GOTONG ROYONG


1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
                                                                                   
kepada,
Semua Penduduk Taman Kiara

Program GOTONG-ROYONG akan diadakan pada tarikh dan masa seperti ketetapan berikut:
TARIKH         : 24 Mei 2013 (Jumaat)
MASA             : 8.00 pagi – 12.tengah hari
8.00 pagi – Berkumpul di Padang Taman Kiara (Taklimat Penyelaras Aktiviti)

Oleh itu, semua penduduk Taman Kiara diminta hadir beramai-ramai ke padang Taman Kiara seperti masa dan tarikh yang dimaklumkan. Bawa bersama anda peralatan bergotong royong yang difikirkan sesuai. Sekian, harap maklum.
Terima kasih.

Wednesday 15 May 2013

LOGO PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN KIARA

Setelah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa PKPTK kali kedua pada 14 mei 2013


Keterangan LOGO:
1.TK – membawa maksud Taman Kiara
2.RUMAH – Semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan penduduk
3.Bentuk Semi D – Semua penduduk berada di bawah satu naungan Persatuan Penduduk yang sama.
4.1997 – Taman Kiara Wujud
5.Warna KuningSemangat Kejiranan. Memegang teguh kepada prinsip Rukunegara, Ketaatan kepada Tuhan dan mendaulatkan raja.
6.Warna BiruKeharmonian antara jiran. Tiada perasaan hasad dengki dan hidup bersatu pada serta aman.
7.Warna MerahSemangat kerja sepasukan dalam apa jua aktviti taman.
8.Warna HijauPenduduk taman yang majoriti beragama Islam.


SESI BERSAMA USTAZ SHARHAN SHAFIE


Sesi rawatan akan dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Sharhan Shafie (Pengamal Perubatan islam) dan pasukannya pada :
20 mei 2013 (Isnin) selepas solat Asar (5.00 - 7.00pm) bertempat di Surau Al-Ittihad, Taman Kiara.

Pendaftaran: SEGARA
Segala pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urusetia program Ustaz Syaubari (012-5953680)
Terima Kasih.

Wednesday 8 May 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT

Jumaat, 2 MEI 2013, Program Bacaan Yassin dan Doa selamat bersama Cikgu Rashidi bin Ibrahim di Surau Al-Ittihad Taman Kiara.