INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Thursday 25 July 2013

MAJLIS KHATAM AL QURAN

JUMAAT 17 Ramadhan 1434H bersamaan 26 Julai 2013 bermula jam 8.30 pagi di Surau Al Ittihad Taman Kiara berlangsung Majlis Khatam Quran sempena Hari Nuzul Quran. Peserta Tadarus Al Quran yang terdiri daripada remaja lelaki, dewasa lelaki, remaja perempuan dan dewasa perempuan. Setiap malam selapas solat tarawih, para peserta akan bertadarus 1 juzuk setiap malam. 

Program juga diselit dengan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di Taman Kiara ini. Juga tidak ketinggalan pada bilal dan siak yang bertugas selama ini.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program ini dan seterusnya mengimarahkan surau Al-Ittihad untuk ihya' Ramadhan bagi tahun ini.














Wednesday 24 July 2013

SAMBUTAN HARI NUZUL QURAN

Surau Al-Ittihad Taman Kiara akan mengadakan sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan 1434H bersamaan Jumaat 26 Julai 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Antara acaranya ialah Khatam Al Quran , penyampaian saguhati dan sumbangan anak yatim serta ibu tunggal. Pada sebelah petangnya majlis berbuka puasa, solat tarawih dan ceramah Nurul Quran. Semua penduduk Taman Kiara dijemput datang beramai-ramai meraikan majlis ini. Sekian, harap maklum.


Thursday 18 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 9 RAMADHAN 1434H

Anjuran Surau Al-Ittihad, Persatuan Kebajikan Penduduk dan Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara.








Thursday 11 July 2013

IHYA' RAMADHAN SURAU AL-ITTIHAD

Khamis 2 Ramadhan, Majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penduduk, Persatuan Wanita dan Surau Al Ittihad Taman Kiara. Acara bermula jam 7.00 petang dengan bertahlil dan berdoa selamat sebelum berbuka puasa dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah. Selapas solat Maghrib, semua jemaah menjamu selara dengan hidangan yang disediakan. Acara diteruskan dengan solat Isya' berjemaah dan solat Tarawih sebanyak 8 raka'at di diselitkan dengan tazkirah Ramadhan. Selepas itu baru solat witir. Selepas selesai solat  Witir acara diteruskan dengan bertadarus Al Quran yang disertai oleh kaum bapa, ibu, remaja lelaki dan perempuan serta kanak-kanak Taman Kiara. Begitulah aktiviti Surau Al Ittihad sepanjang Bulan Ramadhan ini kecuali malam minggu solat Tarawih sebanyak 20 raka'at dan tiada tazkirah Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dan keimanan untuk menjadi Insan yang bertakwa. InsyaAllah.



Majlis Berbuka Puasa



Solat Bejemaah




Menikmati Juadah



Tazkirah Ramadhan


Moreh




Kumpulan Bertadarus


Jadual Imam bertugas dan pentazkirah