INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Saturday 25 October 2014

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1436

Seluruh penduduk Taman Kiara mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua umat Islam.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh penduduk Taman Kiara ialah bacaan yassin, tahlil dan doa selamat serta doa akhir tahun bermula jam 6.45 petang di Surau Al-Ittihad Taman Kiara. Selepas solat maghrib, disusuli dengan bacaan doa awal tahun. Selepas itu dijalankan majlis akad nikah anak perempuan En Basri dengan pasangannya. Selepas solat Isyak, semua jemaah ke rumah En Basri bertahlil dan membaca doa selamat sempena pernikahan anak perempuannya.
25 Oktober, penduduk taman membantu En Basri dan Isteri melancarkan majlis kenduri kahwin anak perempuannya. Semoga tahun baru ini memberikan hidayah dan keharmonian kepada seluruh penduduk Taman Kiara. Amin.







Sunday 5 October 2014

PROGRAM KORBAN 1435H/2014M

Ahad 10 Zulhijjah 1435 bersamaan 5 Oktober 2014, Hari Raya pertama Aidil Adha. Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara dan Jawatankuasa Surau Al-Ittihad Taman Kiara sekali lagi melaksanakan ibadah Qurban. Pada tahun ini 2 ekor lembu dikorban di pagi hari raya selepas jemaah menunaikan Solat Aidil Adha di Surau Al Ittihad Taman Kiara. Sembahyang Sunat Aidil Adha pada tahun ini di Imamkan oleh Ustaz Mohd. Syaubari bin Othmandan khatib yang membaca khutbah ialah Ustaz Fakhrul Zaki bin Fazail, manakala bilal bertugas ialah En Mohd Nor bin Hj Md Rejab. Solat sunat Aidil Adha ditunaikan pada jam 8.30 pagi dan pada jam 9.30 pagi semua penduduk taman berkumpul di padang untuk ibadah Qurban pula. Majlis selesai pada jam 12.30 tgh dan semua jemaaah menunaikan solat Zohor serta bertahlil. Selesai semua, jemaah menikmati jamuan yang dihidangkan.

Senarai Peserta Ibadah Qurban.
Lembu pertama:
1.  Pn Ruzana Hj M Ali
2.  En Alias Hj Kamaridi
3.  Pn Aishah Zainon
4.  Pn Shamseh Rawe
5.  Muhammad Muhaimin Mazni
6.  Mohd Amir Fiqrie Mazlan
7.  Aliff Hakimi Mohd Kairul Rizam

Lembu kedua:
1.  Mohd Arsyad Zainuddin
2.  Nur Hasitah Mat
3.  Nazira Huda Julijam
4.  Ain Faqzana Julijam
5.  Nurul Husna Yaacob
6.  Dayangku Hanis Sofea Mohd Hanifah
7.  Nazirul Mubin Mohd Ali












RAMAH MESRA DI KEDIAMAN RASMI DATO' OBJ MANJUNG

Ahad, 28 September 2014, Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara telah mendapat jemputan khas Orang Besar Jajahan Daerah Manjung, YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Yang Berbahagia Dato' Abdul Wahad bin Dato' Seri Azizul Hassan ke kediaman rasmi beliau bersarapan pagi dan melawat sekitar kediamannya. Selepas bersarapan pagi, telah diadakan aktiviti sukan boling di Ocean Bowl Seri Manjung bersama Dato' OBJ Manjung serta penduduk Taman Kiara.























Tuesday 26 August 2014

JAMUAN RAYA 2014

syukur Alhamdulilah dengan limpah dan izinnya, kami berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya 1435 H bersamaan 2014 M tahun ini. Syabas dan Tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara, Jawatankuasa Surau Al-Ittihad Taman Kiara dan semua penduduk Taman Kiara yang telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program ini. Pada tahun ini sambuta diluar dugaan. Terima kasih kepada penduduk Taman Kiara yang hadir dan ini menunjukkan semangat kekitaan dan keharmonian warga Taman Kiara amat utuh. Konsep menyediakan gerai-gerai juadah menjadikan sambutan lebih menarik dan meriah. Hadiah juga ditawarkan kepada gerai tercantik. Cabutan bertuah juga tidak dilupakan. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang menyumbang hadiah untuk cabutan bertuah. Terima kasih juga kepada  Tan Sri Dato' Seri Kong Cho Ha serta rombongannya dan Dato' Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang yang sudi meluangkan masa bersama dan menikmati juadah yang disediakan. TAHNIAH dan SYABAS sekali lagi. Semoga tahun hadapan sambutan lebih meriah lagi. Insya Allah.