INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Thursday 30 January 2014

MESYUARAT AJK BIL. 1 2014

Mesyuarat AJK pertama bagi penggal 2014-2015 telah diadakan pada 30 Januari 2014 jam 9.00 malam di Surau Al Ittihad Taman Kiara. Antara agendanya ialah melantik Biro, melantik Ketua Blok dan perancangan aktiviti tahunan.
 Senarai lengkap AJK yang baharu:


Suasana Mesyuarat


Penyerahan Tugas oleh Bendahari Lama kepada Bendahari yang baharu



PINDAAN TARIKH CERAMAH, PAMERAN DAN DEMONTRASI OLEH PASUKAN BOMBA SITIAWAN

Program bersama pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia cawangan Sitiawan yang dijadualkan pada 2 Februari 2014 ini telah ditunda kepada 16 Februari 2014. Masa dan tempat program seperti biasa. Harap maklum.


Sunday 26 January 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KETIGA

Hari ini, 26 Januari 2014 bertempat di perkarangan Surau Al Ittihad Taman Kiara, bermula jam 9.00 pagi satu Mesyuarat Agung Tahunan kali ketiga telah diadakan. Mesyuarat berjalan dengan lancar sekali. Pada kali ini mesyuarat memilih jawatankuasa yang baharu bagi menerajui Persatuan ini. 

Sebelum ini, ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada seluruh Jawatankuasa yang terdahulu (sesi 2102-2013) yang diketuai oleh EN JOHARI BIN SULAIMAN yang telah menjalankan tugas dengan sempurna dan CEMERLANG sekali di mana Taman Kiara sudah terkenal di sekitar Daerah Manjung ini.

Ahli mesyuarat telah menjalankan proses pengundian berdasarkan pencalonan yang telah dibuat oleh Ahli sendiri. Berdasarkan proses pengundian tersebut, maka inilah Jawatankuasa yang baharu


Gambar sekitar Mesyuarat










PROSES PENGUNDIAN








TAHNIAH kepada Jawatankuasa yang baharu. Jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggungjawab demi kemajuan, kemakmuran dan kesepaduan Penduduk Taman Kiara.




Wednesday 15 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAMAN KIARA

14 Januari 2014,
Majlis dimulakan dengan perarakan penduduk Taman Kiara mengelilingi taman dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muahmmad S.A.W. Kemudian disusuli dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Qari Jemputan dan diikuti ceramah oleh Ustaz Ahmad Nasim bin Abdul Rauf, panel program bicara Al Hijrah. Semasa ceramah, kanak-kanak Taman Kiara bertanding dalam pertandingan mewarna dan menampal poster. Selepas itu, acara penyampaian hadiah dan majlis bersurai pada 12.30 tengah hari.

Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada seluruh jawatan kuasa kerja Program Sambutan Maulidur Rasul ini dan kepada semua penduduk Taman Kiara yang hadir memeriahkan majlis.





Bacaan Ayat Suci Al Quran




Ceramah oleh Ustaz Ahmad Nasim b Abdul Rauf
Bahaya Syiah






Thursday 9 January 2014

TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TARIKH: 14 JANUARI 2014 / 12 RABIULAWAL 1435
HARI : SELASA
TEMPAT : PERKARANGAN SURAU AL ITTIHAD

7.45 PAGI  : BERKUMPUL
8.30 PAGI  : PERARAKAN BERMULA
9.30 PAGI  : BACAAN AL QURAN (QARI JEMPUTAN)
9.45 PAGI  : CERAMAH
10.45 PAGI: JAMUAN RINGAN
11.00 PAGI: PERTANDINGAN MEWARNA / MENAMPAL POSTER
12.00 TGH : PENYAMPAIAN HADIAH
12.30 TGH : BERSURAI

LELAKI - BAJU MELAYU LENGKAP BERSAMPIN
PEREMPUAN : BAJU KURUNG

GOTONG ROYONG MENDIRIKAN KHEMAH PADA:
AHAD (12 JANUARI) BERMULA JAM 9.00 PAGI

SEKIAN HARAP MAKLUM.