INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Saturday 12 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YDH DATO' OBJ MANJUNG

JUMAAT, 11 Julai bersamaan 13 Ramadhan 1435 H, satu majlis berbuka puasa bersama YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Diraja Dato' Ab. Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Manjung di Surau Al-Ittihad Taman Kiara. Turut hadir bersama beliau ialah, Yang Berbahagia En Mohd Faris bin Mohd Hanif, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Yang Dihormati Toh Sakna MenteriHj. Mohamed Zakaria bin Chu Osman, Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Saifu bin Abdullah, Pengarah Remco Sdn. Bhd., Tuan ASP Shahriman bin Ngah, wakil Ketua Polis Daerah Manjung, Us. Alang hashim bin Ab. Wahi, Pegawai Penyelaras Masjid, serta rombongan YDH Dato' Obj yang lain.

PROGRAM dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Taman Kiara, En Rosli bin Abdul Hamid dan diikuti ucap balas oleh YDH Dato' OBJ. Kemudia diadakan Tahlil ringkas oleh Ustaz Syaubari b Othman selaku Pengerusi Surau Al-Ittihad. Tepat jam 7.34 pm, waktu berbuka puasa. Berbuka dengan menjamah sedikit makanan seperti tamar dan air. Selepas itu, semua jemputan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di imamkan oleh Ustaz Mohd Zaki.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan selepas solat Maghrib. Sebelum jemputan menunaikan solat Isyak, satu sesi fotografi bersama jawatankuasa surau Al-Ittihad diadakan. Semua jemputan menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih berjemaah. Selepas solat sunit terawih, jemputan menikmati jamuan ringan sebelum semua jemputan pulang.

Tahniah kepada semua Jawatankuasa Program Berbuka Puasa bersama YDH Dato' OBJ ini. Juga terima kasih dan tahniah kepada semua Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara, Jawatankuasa Surau Al-Ittihad Taman Kiara dan semua penduduk Taman Kiara.

Terima kasih kepada semua tetamu kehormat yang sudi hadir ke surau kami ini untuk berbuka puasa dan bersolat terawih. Semoga aktiviti ini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang.

Sesi Fotografi bersama YDH Dato' OBJ


Ketibaan YDH Dato' OBJ Daerah Manjung

Ucapan Pengerusi Taman Kiara
En Rosli bin Abd Hamid
 Ucapan YDH Dato' OBJ Manjung


Berbuka Puasa



Solat Maghrib Berjemaah




Jamuan Makan



Moreh selepas solat sunat Terawih, penyampaian cenderahati  dan YDH Dato' OBJ berangkat pulang





TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA




PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1435H / 2014 M

Aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ini.
1.  Sembahyang sunat terawih (20 rakaat)
2.  sembahyang sunat terawih dan Tazkirah Ramadhan (8 rakaat)
3.  Tadarus Al-Quran
4.  Majlis Khatam Quran dan Ceramah Nuzul Quran
5.  Penyediaan bubur lambok
6.  Majlis berbuka puasa
7.  Qiamullail
8.  Buletin Ramadhan
9.  Mencari sumbangan bulan Ramadhan

Solat Sunat Terawih dan Tazkirah





Tadsrus Al Quran



Majlis Berbuka Puasa




Memasak Bubur lambok