INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Sunday 26 April 2015

SUKANEKA TAMAN KIARA 2015

AHAD, 26 April 2015 bertempat di padang Taman Kiara berlangsung acara SUKANEKA TAMAN KIARA 2015, anjuran Biro Sukan dan Sosial, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara. Program ini khas untuk ahli-ahli persatuan yang berdaftar. Acara terbahagi kepada kategori dewasa lelaki. dewasa perempuan, remaja lelaki dan remaja perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Juga diadakan acara berpasangan , iaitu suami dan isteri atau anak dan ibu atau anak dan bapa atau adik beradik lelaki dan perempuan. Acara menarik lagi dengan acara tarik tali bagi lelaki dan perempuan. Acara bermula dengan senamrobik pada jam 7.30 pagi dan SUKANEKA bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Tahniah kepada yang menang, kepada yang tidak bernasib baik, cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih juga kepada semua ahli Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan program ini , iaitu AJK Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara, AJK Surau Al Ittihad Taman Kiara, semua ahli persatuan, semua remaja dan kanak-kanak yang terlibat dan kepada sesiapa sahaja yang telah menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program ini. Terima Kasih.

















Sunday 5 April 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON DENGAN SIME DARBY

Pada 3hb April (Jumaat) yang lalu telah diadakan Perlawanan Persahabatan Badminton antara Pasukan Badminton Taman Kiara dengan Sime Darby Sungai Wangi di Dewan Batu 8 Lekir. Keputusan : Taman Kiara Menang 3 set, Seri 3 set dan Kalah 1 set.










PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DENGAN SIME DARBY

Perlawanan persahabatan bola sepak dengan Sime Darby Sungai Wangi telah diadakan pada Ahad 5 April 2015 di padang Sime Darby. Keputusan 
Sime Darby 2- Taman Kiara 0
Tahniah kepada semua.










KEM SOLAT BESTARI KANAK-KANAK TAMAN KIARA

Kem Solat Bestari kanak -kanak Taman Kiara telah diadakan pada:
29 Mac 2015 (Ahad), anjuran Surau Al-Ittihad Taman Kiara dan Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara