INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Monday 9 November 2015

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN KIARA

28 Oktober 2015, bertempat di MBA (manjung badminton arena) berhadapan dengan Taman Kiara yang baru dibuka secara rasminya telah diadakan KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN KIARA.

Keputusan =
Separuh Akhir 1.
Shahrizal-Fazrul 42
Khalid-Azim 32

Separuh Akhir 2.
Jesni-Fakhir 42
Badrul-Radzuan 40

Perlawanan Akhir. 
Shahrizal-Fazrul 42 
Jesni-Fakhir 37

Juara = Shahrizal / Fazrul

Tahniah kepada semua pemenang.










Sunday 8 November 2015

IBADAH KORBAN 1436H

Tahun ini sekali lagi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara melaksanakan ibadah korban. Cuma pada tahun ini hanya seekor lembu sahaja. Seramai 7 orang peserta penduduk taman dan peserta dari luar taman kiara juga turut mengambil bahagian. Ibadah korban dilaksanakan selepas selesai menunaikan solat sunat aidil adha yang dilakukan di Surau Al Ittihad Taman Kiara.













PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

Program bacaan yassin dan solat hajat bagi anak-anak penduduk Taman Kiara yang akan menduduki peperiksaan UPSR, UPKK, PT3, SPM dan SRAI telah diadakan diSurau Al Ittihad Taman Kiara pada 27 Ogos 2015 malam Jumaat.







SAMBUTAN AIDIL FITRI 1436 H / 2015 M

Sambutan di adakan pada 8 Ogos 2015 bersamaan 23 Syawal 1436H, iaitu pada malam Sabtu bermula selepas solat Isyak di padang Taman Kiara. Persiapan yang meriah telah dijayakan oleh seluruh penduduk taman dengan jawatankuasa yang terlibat. Ucapan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Wanita Taman Kiara, Jawatankuasa Kebajikan Penduduk Taman Kiara dan Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah kepada semua.