INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts

Wednesday 19 April 2023

UCAPAN HARI RAYA PENGERUSI TAMAN KIARA

 UCAPAN HARI RAYA PENGERUSI TAMAN KIARA

ucapan raya taman kiara

Ucapan Hari Raya oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan, Perak, Encik Rosli bin Abdul Hamid.

Seluruh Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara, Surau Al-Ittihad Taman Kiara dan seluruh warga Taman Kiara ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia dan Seluruh Umat Islam.

raya taman kiara 2023


Sunday 19 February 2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-12

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-12

Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan Perak.


Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara Sitiawan Perak akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kalai Ke-12 pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 26 Februari 2023
Hari : Ahad
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Al-Ittihad Taman Kiara
Perasmi: YB ADUN Astaka

Jemput semua ahli persatuan dan juga penduduk Taman Kiara yang ingin menyertai persatuan ini untuk hadir. 

HADIAH CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN 

Monday 7 April 2014

AKTIVITI BIRO SUKAN


Untuk veteran Taman Kiara, anda boleh mendaftar nama pada En Ahmad Tarmizi bin Rohim atau menulis nama pada borang yang ditampal pada papan kenyataan di Surau Al Ittihad. 

Mesyuarat AJK Kali Kedua 2014

Tarikh: 9 April 2014
Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu
Tempat : Surau Al Ittihad

Agenda:

1.  Ucapan pengerusi
2.  Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.  Membentang dan mengesahkan penyata kewangan.
4.  Perkara berbangkit
5.  Perbincangan aktiviti Biro Sukan (Senamrobik dan Liga Bola Sepak)
6.  Pebincangan tentang aktiviti gotong royong perdana
7.  Perbincangan tentang aktiviti kem bestari untuk pelajar.
8.  hal-hal lain
9.  Ucapan penangguhan

Sekian
Setiausaha

*semua ajk sesi 2014/2015 wajib hadir.
Terima kasih

Thursday 30 January 2014

PINDAAN TARIKH CERAMAH, PAMERAN DAN DEMONTRASI OLEH PASUKAN BOMBA SITIAWAN

Program bersama pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia cawangan Sitiawan yang dijadualkan pada 2 Februari 2014 ini telah ditunda kepada 16 Februari 2014. Masa dan tempat program seperti biasa. Harap maklum.


Sunday 3 November 2013

TAHUN BARU HIJRAH 1435

Seluruh Warga Taman Kiara mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru Hijrah 1435. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun yang lalu.


Friday 23 August 2013

TARIKH SAMBUTAN HARI RAYA DAN KEMERDEKAAN

Setelah bermesyuarat, seluruh jawatankuasa bersetuju untuk menganjurkan majlis
JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI
DAN
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 56
pada
AHAD (1 SEPTEMBER 2013)
JAM 9.15 MALAM (Selepas solat Isyak)
DI PADANG BOLA TAMAN KIARA
Semua penduduk taman sama ada ahli atau pun tidak diJEMPUT hadir. Bayaran RM 15.00 untuk satu keluarga bagi menampung perbelanjaan. Bayaran boleh dibuat kepada ketua blok masing-masing selewat-lewatnya 28 Ogos 2013.
Sekian, Harap maklum.

Thursday 1 August 2013

SELAMAT HARI RAYA


Minggu depan dah mula warga taman yg akan pulang ke dasa berhari raya..dan ada juga yg beraya di sini..apa2 pun seluruh ahli jawatankuasa taman, wanita dan surau mengucapkan selamat berhari raya..dan berhati2 memandu..semoga sampai ke destinasi dgn selamat..teruskan amalan kita sehingga akhir ramadhan..Malam esok dan lusa ada Qiamullail bermula jam 4.00 pagi

Thursday 23 May 2013

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh penduduk Taman Kiara berasa sedih atas kepemergian Allahyarhammah Pn Elia binti Jabar isteri kepada En Mohd Radzuan bin Shukor dan ibu kepada 3 orang anak iaitu Nurul Aqilah (16 thn), Muhamamd Aqil ( 14 thn) dan Nurul Izzah (11 thn). Beliau telah meninggal dunia pada 21 Mei 2013 bersamaan 11 Rejab 1434H.

Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Jawatankuasa Surau Al-Ittihad Taman Kiara dan Persatuaan Kebajikan Wanita Taman Kiara mengucapkan TAKZIAH kepada En Radzuan sekeluarga. Semoag beliau dan anak-anak bersabar dengan dugaan Allah ini. Sesungguhnya mati itu adalah benar.

"Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila mati seorang anak Adam, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain, lalu diamalkan, dan doa seorang anak yang soleh." 



AL-FATIHAH

Wednesday 15 May 2013

LOGO PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN KIARA

Setelah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa PKPTK kali kedua pada 14 mei 2013


Keterangan LOGO:
1.TK – membawa maksud Taman Kiara
2.RUMAH – Semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan penduduk
3.Bentuk Semi D – Semua penduduk berada di bawah satu naungan Persatuan Penduduk yang sama.
4.1997 – Taman Kiara Wujud
5.Warna KuningSemangat Kejiranan. Memegang teguh kepada prinsip Rukunegara, Ketaatan kepada Tuhan dan mendaulatkan raja.
6.Warna BiruKeharmonian antara jiran. Tiada perasaan hasad dengki dan hidup bersatu pada serta aman.
7.Warna MerahSemangat kerja sepasukan dalam apa jua aktviti taman.
8.Warna HijauPenduduk taman yang majoriti beragama Islam.