INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts
Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts

Sunday 2 July 2023

RAYA KORBAN 2023

 SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 2023

raya korban taman kiara

Seperti biasa saban tahun Penduduk Taman Kiara akan menagdakan ibadah korban. Pada tahun ini 2 ekor lembu dan seekor sumbangan kerajaan negeri Perak. Terima kasih kepada peserta korban pada tahun ini dan juga Kerajaan Negeri Perak yang menyumbang lembu untuk dikorbankan pada Aidil Adha tahun ini,

Terima kasih kepada semua penduduk yang bergotong-royong bekerjasama bagi menjayakan ibadah korban tahun ini. Semoga amalan kita semua diterima olehNya. 

Bermula petang Rabu, aktiviti membakar lemang untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa dan Jamuan Hari Raya keesokkannya.







Sembahyang solat sunat Aidil Adha di Surau Al Ittihad Taman Kiara yang diimamkan oleh Ustaz Dr Mohd Syaubari bin Othman












VIDEO BAKAR LEMANG


GAMBAR PROGRAM KORBAN




















Wednesday 24 May 2023

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 1444H/2023 TAMAN KIARA

 JAMUAN RAYA AIDILFITRI 1444H/2023 TAMAN KIARA


Sabtu, 20 Mei 2023 bersamaan 29 Syawal 1444H, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara telah mengadakan Jamuan Hari Raya 2023 / Rumah Terbuka Aidilfitri 1444H di padang Taman Kiara. Seperti saban tahun, jamuan ini diadakan secara bergotong-royong bermula daripada memasak juadah sehingga penyediaan tempat jamuan seperti khemah dan sebagainya. 

Terima kasih kepada semua AJK dan seluruh penduduk yang bertungkus lumus bermula hari Khamis 18 Mei 2023 bergotong-royong bagi menjayakan program Jamuan Hari Raya ini. 

Terima kasih juga kepada YB Ahli Parlimen Beruas dan YB ADUN Astaka yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada YB ADUN Astaka Encik Jason Ng Thien Yeong bersama Ahli Majlis MPM yang sudi hadir merasmikan seterusnya memeriahkan Jamuan Raya Taman Kiara ini.

Gambar Sekitar Jamuan Hari Raya Aidilfitri Taman Kiara.