INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Saturday 28 May 2016

Kehilangan Seorang Warga Taman

Warga Taman Kiara kehilangan seorang lagi ahli persatuan yang aktif iaitu Encik Alias bin Ghazali yang merupakan pemegang Nombor Keahlian 01. Beliau sekeluarga berpindah ke Pahang. Seluruh penduduk Taman Kiara mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan En Alias dan Isteri sepanjang menjadi warga taman dan ahli persatuan yang banyak menyumbangkan masa dan tenaga bagi menjayakan segala aktiviti yang dirancang. Semoga beliau sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna di sana.
1 APRIL 2016





Jawatankuasa Taman 2016/2017

Berikut adalah jawatankuasa baharu 
Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara
Sesi 2016-2017


Sunday 27 December 2015

GOTONG ROYONG KENDURI

26 Disember 2015, Seluruh warga Taman Kiara bergotong royong bagi menyempurnakan Majlis Perkahwinan anak Encik Hassan bin Abd Rahman dan Puan Zabidah binti Karah iaitu Mohd Noorhafizzudin dan pasangannya Noramira binti Abdul Rauff. Syabas dan tahniah kepada semua. Berkat kerjasama yang utuh, majlis berjalan dengan lancar. Juga tidak dilupakan Selamat Pengantin baharu kepada FIZZ & MIRA.



 














SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015/1437H

Sambutan Maulidur Rasul 1437H telah disempurnakan bermula malam Khamis 23 Disember 2015 dengan Forum Cinta Rasul. Program diteruskan lagi pada sebelah pagi Khamis dengan perarakan serta pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, menulis jawi untuk remaja, menulis khat untuk dewasa serta pertandingan memasak untuk pasangan suami isteri. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan khasnya kepada kaum wanita yang diterajui oleh Puan Rosmeza selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara yang bertungkus lumus dari awal lagi bagi menjayakan program ini. Juga tidak dilupakan Seluruh Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara serta Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kiara. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas kerjsama anda bagi menjayakan program ini.

Insya Allah, tahun hadapan jumpa lagi.
















GOTONG ROYONG PERDANA 2015

Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara sekali lagi menganjurkan GOTONG ROYONG PERDANA bagi tahun 2015. Gotong royong ini juga melibatkan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Acara cabutan bertuah juga diadakan bagi penduduk yang hadir menjayakan program ini. Sekalung penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada semua AJK Taman, AJK Wanita dan AJK Surau serta seluruh penduduk taman yang menjayakan program ini.