d/a SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA, 32000 SITIAWAN, PERAK. NO PENDAFTARAN BAHARU: PPM-011-08-11092011
Pages
▼
Tuesday, 19 March 2013
LAWATAN YAB DATO' SERI DIRAJA DR ZAMBRY B. ABD. KADIR
Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abd. Kadir serta isteri telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Kiara pada petang 12 November 2011. Dato' Seri berkesempatan menunaikan sembahyang zohor bersama penduduk Taman Kiara dan meluangkan masa minum petang. Dalam majlis yg tidak seberapa ini, Dato' Seri telah mengumumkan bantuan sebanyak RM50,000.00 untuk pembangunan Surau Al-Ittihad, Taman Kiara. Dato' Seri juga meluangkan masa melawat 2 orang penduduk Taman Kiara yang tidak sihat iaitu anak kepada Imam En.Mohd Nor dan En.Osman Abdul Aziz serta menyampaikan sumbangan peribadi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dato'Seri..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kerjasama anda