INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Sunday 3 March 2024

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-13 TAHUN 2024

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-13 TAHUN 2024

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara kali ke-13 Tahun 2024 telah diadakan pada 3 Mac 2024 di perkarangan Surau Al Ittihad Taman Kiara. Mesyuarat diadakan pada pukul 9.00 pagi dengan majlis perasmian.

Perasmian mesyuarat pada kali ini disempurnakan oleh Puan Chia Noi Yang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung yang mewakili YB Jason Ng Thien Yeong ADUN Astaka. YB juga telah menyumbang sebanyak RM500 untuk tujuan mesyuarat ini.

Pada kali ini seperti biasa Cabutan Bertuah kepada ahli-ahli yang hadir mesyuarat agung ini. Mesyuarat pada kali ini juga ada pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu. Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2024/2025. Tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik melalui proses pengundian secara bertulis. 

Ahli Jawankuasa sesi 2024/2025


Gambar sekitar Mesyuarat Agung ke-13
























Saturday 4 November 2023

LAWATAN KE NASYRUL QURAN PUTRAJAYA

 LAWATAN KE NASYRUL QURAN PUTRAJAYA

kompleks nasyrul quran putrajaya

Jumaat, 3 November 2023, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara telah mengadakan Lawatan Ke Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya. Lawatan anjuran Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara.

Kompleks Nasyrul Quran merupakan pusat pengeluaran Al Quran kedua terbesar di dunia selepas Kompleks King Fahd di Madinah. Ianya bagi memenuhi keperluan domestik dan global terhadap naskah Al Quran kerana populasi Umat Islam berjumlah 9 bilion menjelang 2050.

Di sini hanya mereka mencetak Al Quran sahaja. Penulisan Al Quran yang dicetak di sini adalah tulisan tangan. Bagi sebuah Al Quran yang lengkap, ianya mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan sebelum ianya boleh dicetak. Penulisan dilakukan di Yayasan Restu. 

Al Quran yang dicetak di sini tidak ada dijual di kedai-kedai hanya di sini dan beberapa tempat tertentu sahaja. Jika anda ingin mendapatkannya boleh datang ke sini.


















Sunday 2 July 2023

RAYA KORBAN 2023

 SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 2023

raya korban taman kiara

Seperti biasa saban tahun Penduduk Taman Kiara akan menagdakan ibadah korban. Pada tahun ini 2 ekor lembu dan seekor sumbangan kerajaan negeri Perak. Terima kasih kepada peserta korban pada tahun ini dan juga Kerajaan Negeri Perak yang menyumbang lembu untuk dikorbankan pada Aidil Adha tahun ini,

Terima kasih kepada semua penduduk yang bergotong-royong bekerjasama bagi menjayakan ibadah korban tahun ini. Semoga amalan kita semua diterima olehNya. 

Bermula petang Rabu, aktiviti membakar lemang untuk berbuka puasa bagi yang berpuasa dan Jamuan Hari Raya keesokkannya.







Sembahyang solat sunat Aidil Adha di Surau Al Ittihad Taman Kiara yang diimamkan oleh Ustaz Dr Mohd Syaubari bin Othman












VIDEO BAKAR LEMANG


GAMBAR PROGRAM KORBAN