INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Saturday 31 May 2014

GOTONG ROYONG MAJLIS PERKAHWINAN

PIHAK JAWATANKUASA PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN KIARA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN MAJLIS WALIMATULURUS ENCIK ZULKEFLI BIN HASHIM DAN PUAN NORHAYATI BT ABDUL AZIZ PADA 31 MEI 2014 DI RUMAHNYA BERNOMBOR 53 TAMAN KIARA. UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH INI JUGA KHAS BUAT SEMUA KAUM IBU/WANITA TAMAN KIARA DI BAWAH PERSATUAN WANITA TAMAN KIARA SERTA SEMUA REMAJA TAMAN KIARA YANG BANYAK MEMBANTU MELANCARKAN MAJLIS INI. TAHNIAH SEKALI LAGI
TIDAK DILUPAKAN JUGA KEPADA PENGANTIN, SELAMAT PENGANTIN BARU.















SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1435H

Ceramah Israk dan Mikraj disampaikan oleh Ustaz Zaki bin Haji Zakaria, pensyarah UNIKL pada 28 Rejab 1435H bersamaan 28 mei 2014.
Tahniah kepada Jawatankuasa Surau Al-Ittihad


Sunday 25 May 2014

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI 2014

Juga tidak lupa kepada YB Dato' Rashidi b Ibrahim DUN Pasir Panjang yang sudi hadir bagi merasmikan penutupan kem ini.
Sekali lagi TAHNIAH dan SYABAS kepada semua.


 











Sunday 18 May 2014

TARIKH TUTUP PENYERTAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI 2014


SAMBUTAN HARI IBU TAMAN KIARA 2014

Bagi mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara dengan Persatuan Wanita Taman Kiara menganjurkan Sambutan Hari Ibu peringkat taman. Antara aktivitinya ialah membuat kad jemputan kad Hari Ibu oleh kanak-kanak, mengarang, bacaan yassin dan tahlil, kuliah maghrib oleh Ustaz Zikro dan jamuan makan.












Sunday 4 May 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA 2014

Satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan  Kebajikan Penduduk Taman Kiara melibatkan semua penduduk Taman Kiara. Bergotong royong membersihkan kawasan taman supaya kelihatan bersih dan indah di samping selamat daripada pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa demam denggi yang membawa maut. 

Program pada tahun ini mendapat kerjasama daripada MPM, di mana mereka memnyediakan jentera berat seperti lori dan jengkaut untuk kerja-kerja mengangkat sampah dan membersihkan kawasan yang diperlukan. 

Dengan kekuatan penduduk hampir 100 orang, kerja bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Program di mulai dengan perasmian oleh AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG iaitu En Jason Teng Keek Soong amp. Simbolik sebagai acara perasmian, beliau menanam sepohon pokok mangga sebagai tanda bermulanya program.

Pihak Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga taman, Jawatan Kuasa Wanita, Jawatankuasa Taman, Ahli Majlis , En Jason dan MPM dalam menjayakan program ini.