INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Sunday 4 May 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA 2014

Satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan  Kebajikan Penduduk Taman Kiara melibatkan semua penduduk Taman Kiara. Bergotong royong membersihkan kawasan taman supaya kelihatan bersih dan indah di samping selamat daripada pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa demam denggi yang membawa maut. 

Program pada tahun ini mendapat kerjasama daripada MPM, di mana mereka memnyediakan jentera berat seperti lori dan jengkaut untuk kerja-kerja mengangkat sampah dan membersihkan kawasan yang diperlukan. 

Dengan kekuatan penduduk hampir 100 orang, kerja bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Program di mulai dengan perasmian oleh AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG iaitu En Jason Teng Keek Soong amp. Simbolik sebagai acara perasmian, beliau menanam sepohon pokok mangga sebagai tanda bermulanya program.

Pihak Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga taman, Jawatan Kuasa Wanita, Jawatankuasa Taman, Ahli Majlis , En Jason dan MPM dalam menjayakan program ini.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kerjasama anda