INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Monday 21 April 2014

LIGA BOLA JARING 5 SEBELAH TAMAN KIARA 2014

AHAD 20 APRIL, Anjuran Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara dan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan. 4 Pasukan menyertainya iaitu: The Blue Warrior, Diamonds, The Morning Glory dan The Red Lily. Johan ialah Pasukan The Blue Warrior dan Naib Johan ialah Pasukan The Morning Glory. Tahniah kepada yang berjaya, yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan











Sunday 13 April 2014

LIGA BOLA SEPAK 6 SEBELAH

AHAD, 13 April 2014, 8.30 pagi bertempat di padang Taman Kiara, berlangsung pertandingan Liga Bola Sepak 6 Sebelah. Antara pasukan yang terlibat ialah: 1. Veteran Kiara. 2. Veteran Ittihad 3. Veteran 6 Stone 4. Jejaka Hangat 5. Jejaka Jambu. Setiap pasukan mendaftar seramai 9 pemain dan hanya 6 sahaja pemain bermain pada suatu masa. Pertandingan di Juarai oleh Pasukan Jejaka Hangat bila mengalahkan Veteran Kiara dalam perlawanan akhir dengan kemenangan 3 berbalas 1. Tahniah kepada yang menang, kepada yang tidak bernasib baik cuba lagi di lain kali. Sekalung penghargaan kepada semua ahli yang terlibat bagi menjayakan program ini terutamanya Biro Sukan dan Sosial yang bertungkus lumus untuk melaksanakan program ini.










Monday 7 April 2014

AKTIVITI BIRO SUKAN


Untuk veteran Taman Kiara, anda boleh mendaftar nama pada En Ahmad Tarmizi bin Rohim atau menulis nama pada borang yang ditampal pada papan kenyataan di Surau Al Ittihad. 

Mesyuarat AJK Kali Kedua 2014

Tarikh: 9 April 2014
Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu
Tempat : Surau Al Ittihad

Agenda:

1.  Ucapan pengerusi
2.  Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.  Membentang dan mengesahkan penyata kewangan.
4.  Perkara berbangkit
5.  Perbincangan aktiviti Biro Sukan (Senamrobik dan Liga Bola Sepak)
6.  Pebincangan tentang aktiviti gotong royong perdana
7.  Perbincangan tentang aktiviti kem bestari untuk pelajar.
8.  hal-hal lain
9.  Ucapan penangguhan

Sekian
Setiausaha

*semua ajk sesi 2014/2015 wajib hadir.
Terima kasih

Tuesday 1 April 2014

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA TERBUKA TAMAN KIARA

29 MAC 2014

Kejohanan Bolasepak Remaja Terbuka Taman Kiara 2014 telah disertai oleh 8 pasukan dari sekitar Lekir. Kejohanan yang pertama kali diadakan ini telah dimenangi oleh pasukan Superio (Batu 7) dengan mengalahkan pasukan Hyper FC (Batu 10) dengan jaringan 6-0. Tempat ke-3 telah dimenangi oleh pasukan Etihad 'A' (Taman Kiara) yang mengalahkan pasukan Arianna Rose (Pasir Panjang) dengan jaringan 3-2. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.






















Foto Oleh Azman Abd Jalil


PENYERAHAN JERSI BOLA

27 Mac 2014. Penyerahan Jersi Bolasepak Pasukan Remaja Taman Kiara sumbangan En. Muhd Faizal Hashim kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, En. Rosli Abdul Hamid. Ribuan terima kasih diucapkan.




PROGRAM KESIHATAN BERSAMA KLINIK KESIHATAN LEKIR

8 MAC 2014

Pameran & Ceramah Kesihatan bersama Dr. Siti Farah Shahida dan Dr. Madihah dari Klinik Kesihatan Lekir. Anjuran bersama Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara. Antara acara yang diadakan ialah Senamrobik, Pameran Nyamuk Aedes, Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma.




















FOTOGRAFI oleh Azman Abd Jalil