INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Saturday 4 November 2023

LAWATAN KE NASYRUL QURAN PUTRAJAYA

 LAWATAN KE NASYRUL QURAN PUTRAJAYA

kompleks nasyrul quran putrajaya

Jumaat, 3 November 2023, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara telah mengadakan Lawatan Ke Kompleks Nasyrul Quran Putrajaya. Lawatan anjuran Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara.

Kompleks Nasyrul Quran merupakan pusat pengeluaran Al Quran kedua terbesar di dunia selepas Kompleks King Fahd di Madinah. Ianya bagi memenuhi keperluan domestik dan global terhadap naskah Al Quran kerana populasi Umat Islam berjumlah 9 bilion menjelang 2050.

Di sini hanya mereka mencetak Al Quran sahaja. Penulisan Al Quran yang dicetak di sini adalah tulisan tangan. Bagi sebuah Al Quran yang lengkap, ianya mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan sebelum ianya boleh dicetak. Penulisan dilakukan di Yayasan Restu. 

Al Quran yang dicetak di sini tidak ada dijual di kedai-kedai hanya di sini dan beberapa tempat tertentu sahaja. Jika anda ingin mendapatkannya boleh datang ke sini.