INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Showing posts with label SUMBANGAN. Show all posts
Showing posts with label SUMBANGAN. Show all posts

Wednesday 27 March 2024

PROGRAM JIWA (JALINGAN INSAN WAHANA ASPIRASI)

 PROGRAM JIWA (JALINGAN INSAN WAHANA ASPIRASI)


Program JIWA (Jalingan Insan Wahana Aspirasi) bersama Pejabat Penerangan Daerah Manjung pada 27 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadan 1445H. Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan kepada penduduk supaya tidak keciciran maklumat atau tersalah maklumat. Pejabat Penerangan Daerah Manjung yang di ketuai oleh Puan Anita binti Omar selaku Pegawai Penerangan Daerah Manjung juga telah menyampaikan maklumat tentang pendaftaran PADu dan tujuan PADU. 

Program ini merupakan program Berbuka Puasa bersama penduduk Taman Kiara. Pejabat Penerangan Daerah Manjung telah berbesar hati menyumbang untuk iftar pada hari ini. Terima kasih diucapkan. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Majlis Berbuka Puasa bersama Pejabat Penerangan Daerah Manjung
















Friday 22 March 2024

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ADUN ASTAKA

 MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ADUN ASTAKA


Majlis Berbuka Puasa sumbangan YB Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka pada 11 Ramadan 1445H bersamaan 22 Mac 2024 Beliau juga berbesar hati menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 30 penerima yang layak. Program bantuan kotak makanan Yayasan Perak ini dari Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir bersama dalam Majlis Berbuka ini ialah Ahli Majlis Majlis Perbandaran Manjung iaitu Puan Chia Noi Yang, Puan Wong Lay Keong dan Encik Ding Hoon Wee.

Terima kasih kepada Yang Berhormat.























Tuesday 18 April 2023

TAKBIR RAYA, SYAWAL 1444H/2023M

 TAKBIR RAYA, SYAWAL 1444H/2023M

takbir raya syawal 1444H

Rakaman Takbir Raya oleh Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara Sitiawan Perak di Surau Al Ittihad Taman Kiara. Takbir ini dipimpin oleh Ustaz Dr. Mohd Syaubari bin Othman, Pengerusi Surau Al-Ittihad Taman Kiara.

Rakaman ini diadakan pada malam 28 Ramadan 1444H

Saksikan Video Takbir Raya oleh Penduduk Taman Kiara




Sunday 12 March 2023

PROGRAM BACK TO SCHOOL 2023

 PROGRAM BACK TO SCHOOL

ahli parlimen beruas dan adun astaka

Terima Kasih Kepada YB Dato' Ngeh Koo Ham Ahli Parlimen Beruas dan YB Jason Ng Thien Yeong ADUN Astaka atas sumbangan Back To School kepada 5 orang penerima dari Taman Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan. pada 12 Mac 2023 di AEON Mall Seri Manjung






Saturday 11 March 2023

SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA

MEMOHON SUMBANGAN KARPET UNTUK SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA

SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA

BANTUAN WAKAF KARPET SURAU  Al ITTIHAD,TAMAN KIARA RAMADAN 1444H 

Ayuh Bersama 

Langkah Bersama Mencari RedhaNya.

Assalamualaikum WBT Sahabat2 Yang Dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki bulan Sya'ban. Hanya berbaki kurang daripada 10 hari sahaja lagi, kita akan bertemu dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.

Marilah kita sama-sama terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita semua diberi kesempatan untuk menjadi Tetamu Ramadan 1444H.

Pihak Surau ingin memasang karpet pada bahagian kiri Jemaah lelaki dan tempat solat perempuan. Kos Keseluruhan adalah  RM5000. 

Ruang Solat Wanita (Tiada Karpet)


Ruang Solat Lelaki (Sebelah kiri) juga tiada karpet


Hanya Ruang Utama Sahaja yang berkarpet. Tetapi sudah melebih usia 5 Tahun

Jadi pihak Surau membuka peluang untuk jemaah Taman Kiara, ahli keluarga Dan rakan-rakan untuk menginfakkan dan mewaqafkan sumbangan untuk pemasangan karpet.
Ayuh Sahabat-sahabat, rebut peluang dan janji dari Ayat-ayat Allah SWT ini, untuk menggandakan amalan di bulan Ramadan pada tahun ini dengan amalan infaq dan wakaf.

Segala perhatian dan sumbangan sahabat-sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Semoga segala keazaman dan usaha kita utk mengimarahkan bulan Ramadan 1444H ini, Allah SWT akan membalasnya dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat. Semoga Ramadan tahun ini akan menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua.

Allahumma Aamiin.

NOTA UNTUK PENDERMA:

Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang utk pemasangan karpet ini, akaun seperti berikut:

SURAU TAMAN KIARA (BANK ISLAM) 08059020275040.
(atas nama sumbangan karpet) 

Disamping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan kepada ahli keluarga dan rakan kenalan terdekat

Sekian, terima kasih.