INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Wednesday 16 October 2013

AIDIL ADHA 1434H / 2013M

Tanggal 10 Zulhijjah 1434h bersamaan 15 Oktober 2013 (Selasa) seluruh umat Islam menyambut hari Raya Qurban. Persatuan Penduduk Taman Kiara dan Surau Al-Ittihad Taman Kiara tidak melepaskan peluang ini untuk melakukan Ibadah Qurban. Ibadah Qurban dilakukan selepas Solat Sunat Aidil Adha yang kali pertama dilakukan di Surau Al-Ittihad Taman Kiara yang di Imamkan oleh Ustaz Saubari dan Khatib yang bertugas menyampaikan Khutbah ialah Ustaz Zainal Abidin. Pada tahun ini Syukur Alhamdulillah, sebanyak 4 ekor lembu (1 ekor daripada bahagian Taman Kiara dan 3 ekor lagi sumbangan individu) di korbankan secara bergotong royong seluruh penduduk Taman Kiara dan orang perseorangan yang hadir membantu. Jawatankuasa Qurban yang diketuai oleh En Khalid bin Hj Ahmad Zohdi mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini. Semoga ibadah ini mendapat keberkatan dengan keikhlasan yang semua hulurkan. Insya Allah. Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Maaf Zahir & Batin.

Terima Kasih.










Monday 7 October 2013

MINGGU KESIHATAN

Program Minggu Kesihatan dan Kecerdasan Taman Kiara anjuran Biro Sukan telah berakhir. Antara aktivitinya ialah Senamrobik, Perlawanan persahabatan bola sepak remaja dengan Taman Fasa 2B serta remaja dan veteran Taman Kiara. Tahniah kepada semua.




Aktiviti Senamrobik






Perlawanan persahabatan bola sepak dengan Taman Fasa 2B Seri Manjung




Veteran Taman Kiara VS Remaja Taman Kiara



Saturday 5 October 2013

IBADAH KORBAN 1434 H / 2013 M

MESYUARAT PELAKSANAAN AKTIVITI IBADAH KORBAN
1 OKTOBER 2013




KEPUTUSAN MESYUARAT:
KORBAN AKAN DILAKSANAKAN PADA HARI RAYA PERTAMA, BERMULA JAM 10.00 PAGI. KEPADA SEMUA PESERTA KORBAN DAN SELURUH PENDUDUK TAMAN KIARA DIJEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI. KERJASAMA ANDA AMAT-AMAT DIPERLUKAN KERANA PADA TAHUN INI KITA MENGORBANKAN 3 EKOR LEMBU. ANTARA PESERTA-PESERTA IBADAH KORBAN TAHUN INI IALAH:

EN BASRI ABDUL WAHAB
PN NOORAIDA BT HAJI HUSSIN
NUR SHAMIMI BT ABAS
PN. NORISMAYANTY BT. ISMAIL
PN ROHIZA BT ABD MAJID
PN ROSMEZA BT HJ ABDULLAH
EN MOHD NASIR WAGIMAN

EN AHMAD BAUNI BIN AYOB
PN ROSNAH BT MOHD NOOR
(DAN 5 ORANG ANAKNYA)

HAJI DIN SERTA KELUARGA

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

i. DALIL AL-QURAN

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

Thursday 3 October 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Ahad 29 September bertempat di Padang Bola Taman Fasa 2B Seri Manjung, berlangsung perlawanan persahabatan remaja Taman Kiara dengan Taman Fasa 2B. Tahniah kepada Fasa 2B yang memenangi perlawanan dengan jaringan 2-1. Perlawanan timbal balas pada Ahad 6 Oktober di Padang Taman Kiara jam 9.00 pagi. Harap maklum.