INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Wednesday 16 October 2013

AIDIL ADHA 1434H / 2013M

Tanggal 10 Zulhijjah 1434h bersamaan 15 Oktober 2013 (Selasa) seluruh umat Islam menyambut hari Raya Qurban. Persatuan Penduduk Taman Kiara dan Surau Al-Ittihad Taman Kiara tidak melepaskan peluang ini untuk melakukan Ibadah Qurban. Ibadah Qurban dilakukan selepas Solat Sunat Aidil Adha yang kali pertama dilakukan di Surau Al-Ittihad Taman Kiara yang di Imamkan oleh Ustaz Saubari dan Khatib yang bertugas menyampaikan Khutbah ialah Ustaz Zainal Abidin. Pada tahun ini Syukur Alhamdulillah, sebanyak 4 ekor lembu (1 ekor daripada bahagian Taman Kiara dan 3 ekor lagi sumbangan individu) di korbankan secara bergotong royong seluruh penduduk Taman Kiara dan orang perseorangan yang hadir membantu. Jawatankuasa Qurban yang diketuai oleh En Khalid bin Hj Ahmad Zohdi mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program ini. Semoga ibadah ini mendapat keberkatan dengan keikhlasan yang semua hulurkan. Insya Allah. Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Maaf Zahir & Batin.

Terima Kasih.










No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kerjasama anda