MESYUARAT PELAKSANAAN AKTIVITI IBADAH KORBAN
1 OKTOBER 2013
KEPUTUSAN MESYUARAT:
KORBAN AKAN DILAKSANAKAN PADA HARI RAYA PERTAMA, BERMULA JAM 10.00 PAGI. KEPADA SEMUA PESERTA KORBAN DAN SELURUH PENDUDUK TAMAN KIARA DIJEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI. KERJASAMA ANDA AMAT-AMAT DIPERLUKAN KERANA PADA TAHUN INI KITA MENGORBANKAN 3 EKOR LEMBU. ANTARA PESERTA-PESERTA IBADAH KORBAN TAHUN INI IALAH:
EN BASRI ABDUL WAHAB
PN NOORAIDA BT HAJI HUSSIN
NUR SHAMIMI BT ABAS
PN. NORISMAYANTY BT. ISMAIL
PN ROHIZA BT ABD MAJID
PN ROSMEZA BT HJ ABDULLAH
EN MOHD NASIR WAGIMAN
EN AHMAD BAUNI BIN AYOB
PN ROSNAH BT MOHD NOOR
(DAN 5 ORANG ANAKNYA)
HAJI DIN SERTA KELUARGA
DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN
i. DALIL AL-QURAN
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya
Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu
( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan
mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu
sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka
sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)
ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban,
antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar
(Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan
darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat
nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah
korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di
sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu
binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim,
Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah
apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan
perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang
dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu
Majah)
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga
memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka
janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad
dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kerjasama anda