INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts
Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts

Sunday 27 December 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015/1437H

Sambutan Maulidur Rasul 1437H telah disempurnakan bermula malam Khamis 23 Disember 2015 dengan Forum Cinta Rasul. Program diteruskan lagi pada sebelah pagi Khamis dengan perarakan serta pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, menulis jawi untuk remaja, menulis khat untuk dewasa serta pertandingan memasak untuk pasangan suami isteri. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan khasnya kepada kaum wanita yang diterajui oleh Puan Rosmeza selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara yang bertungkus lumus dari awal lagi bagi menjayakan program ini. Juga tidak dilupakan Seluruh Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara serta Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kiara. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas kerjsama anda bagi menjayakan program ini.

Insya Allah, tahun hadapan jumpa lagi.
















Sunday 8 November 2015

IBADAH KORBAN 1436H

Tahun ini sekali lagi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara melaksanakan ibadah korban. Cuma pada tahun ini hanya seekor lembu sahaja. Seramai 7 orang peserta penduduk taman dan peserta dari luar taman kiara juga turut mengambil bahagian. Ibadah korban dilaksanakan selepas selesai menunaikan solat sunat aidil adha yang dilakukan di Surau Al Ittihad Taman Kiara.













Saturday 12 July 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1435H / 2014 M

Aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ini.
1.  Sembahyang sunat terawih (20 rakaat)
2.  sembahyang sunat terawih dan Tazkirah Ramadhan (8 rakaat)
3.  Tadarus Al-Quran
4.  Majlis Khatam Quran dan Ceramah Nuzul Quran
5.  Penyediaan bubur lambok
6.  Majlis berbuka puasa
7.  Qiamullail
8.  Buletin Ramadhan
9.  Mencari sumbangan bulan Ramadhan

Solat Sunat Terawih dan Tazkirah





Tadsrus Al Quran



Majlis Berbuka Puasa




Memasak Bubur lambok





Saturday 30 March 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ittihad Taman Kiara dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para jemputan-jemputan dan penduduk-penduduk Taman Kiara kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H Surau Al-Ittihad Taman Kiara pada 12hb Februari 2012 bersamaan Hari Ahad yang lalu dan tidak lupa kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini, Individu-individu, Orang Perseorangan yang telah menyumbangkan sumbangan dan bantuan, serta tidak lupa kepada semua penduduk yang telah menyumbang tenaga dan kerjasama samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini












VIDEO SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H