MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA NUZUL QURAN
d/a SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA, 32000 SITIAWAN, PERAK. NO PENDAFTARAN BAHARU: PPM-011-08-11092011
INGIN MENJADI AHLI
AKAUN BANK PERSATUAN
SUKANEKA TAMAN KIARA 2022
Thursday, 13 April 2023
KHATAM QURAN SEMPENA NUZUL QURAN
IFTAR - MAJLIS BERBUKA PUASA
Majlis Berbuka Puasa Surau Al Ittihad Taman Kiara
Majlis Berbuka Puasa anjuran Kaum Wanita/Ibu Taman Kiara
19 Ramadan 1444H bersamaan 10 April 2023
Tuesday, 21 March 2023
SUMBANGAN BAKUL RAMADAN
SUMBANGAN BAKUL RAMADAN 1444H
Program Bakul Ramadan 2023/1444H Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara dan Surau Al-Ittihad Taman Kiara bagi asnaf dan miskin bandar.
Alhamdulilah, rezeki dikongsi. Pengerusi persatuan Encik Rosli Bin Abdul Hamid menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Sunday, 12 March 2023
PROGRAM BACK TO SCHOOL 2023
PROGRAM BACK TO SCHOOL
Saturday, 11 March 2023
SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA
MEMOHON SUMBANGAN KARPET UNTUK SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA
Ayuh Bersama
Langkah Bersama Mencari RedhaNya.
Assalamualaikum WBT Sahabat2 Yang Dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah, hari ini kita sudah memasuki bulan Sya'ban. Hanya berbaki kurang daripada 10 hari sahaja lagi, kita akan bertemu dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.
Marilah kita sama-sama terus berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita semua diberi kesempatan untuk menjadi Tetamu Ramadan 1444H.
Pihak Surau ingin memasang karpet pada bahagian kiri Jemaah lelaki dan tempat solat perempuan. Kos Keseluruhan adalah RM5000.
Ruang Solat Wanita (Tiada Karpet) |
Ruang Solat Lelaki (Sebelah kiri) juga tiada karpet |
Hanya Ruang Utama Sahaja yang berkarpet. Tetapi sudah melebih usia 5 Tahun |
Wednesday, 1 March 2023
AGM KE-12 PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN KIARA
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 Tahun 2023
Pada tahun ini, 2023 Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan, Perak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-12. Ini bermakna sudah 12 Tahun Persatuan ini ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Persatuan ini telah di daftarkan pada 11 September 2011 dengan nombor daftarnya PPM-011-08-11092011. Mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad, 26 Febuari 2023 bermula pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Mesyuarat kali ini tiada pelantikan Jawatankuasa yang baharu, cuma pembentangan kewangan dan laporan tahunan sahaja.
Cabutan bertuah juga disediakan kepada ahli-ahli yang hadir mesyuarat pada kali ini. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan seluruh jawatankuasa persatuan sesi 2022/2023 yang berjaya menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2022 yang lalu.
Gambar sekitar mesyuarat Agung kali ini:-
Sunday, 19 February 2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-12
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-12
Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan Perak.
Wednesday, 11 January 2023
TAMAN KIARA KEHILANGAN SEORANG AHLI YANG AKTIF