Sambutan Hari Raya Korban dan Program Ibadah Korban Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara 1445H/2024M
Pada 10 Zulhijjah 1445H bersamaan 17 Jun 2024 masehi. Program bermula dengan solat sunat Aidiladha berjemaah di Surau Al Ittihad Taman Kiara. Solat di imamkan oleh Dr. Mohd Syaubari bin Othman dan beliau juga menyampaikan khutbah Aidiladha.
Selesai solat, semua penduduk dan jemaah berkumpul di padang Taman Kiara bagi menyempurnakan korban tiga ekor lembu dan satu ekor kambing. Alhamdulilah, semua urusan dipermudahkan dan selesai semua termasuk mengagihkan daging kepada afnaf dan petugas-petugas korban.
Terima kasih kepada semua penduduk Taman Kiara, kepada Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kira, AJK Surau Al Ittihad Taman Kiara dan semua peserta korban. Penghargaan kepada semua yang membantu dari mula hingga selesai.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin.
VIDEO KORBAN 1334H/2024M Bersama Takbir Raya oleh Penduduk Taman Kiara
BERBUKA PUASA GABUNGAN TAMAN, WANITA DAN SURAU SEMPENA NUZUL QURAN
17 Ramadan 1445H bersamaan 28 Mac 2024, Iftar gabungan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara dan Surau Al-Ittihad Taman Kiara sempena Sambutan Nuzul Quran 1445H.
Pada majlis ini disampaikan juga saguhati kepada Imam, Bilal, Siak serta semua peserta tadarus lelaki dan wanita. Tahniah dan terima kasih kepada semua.
Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.