Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 Tahun 2023
Pada tahun ini, 2023 Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan, Perak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-12. Ini bermakna sudah 12 Tahun Persatuan ini ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
Persatuan ini telah di daftarkan pada 11 September 2011 dengan nombor daftarnya PPM-011-08-11092011. Mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad, 26 Febuari 2023 bermula pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Mesyuarat kali ini tiada pelantikan Jawatankuasa yang baharu, cuma pembentangan kewangan dan laporan tahunan sahaja.
Cabutan bertuah juga disediakan kepada ahli-ahli yang hadir mesyuarat pada kali ini. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan seluruh jawatankuasa persatuan sesi 2022/2023 yang berjaya menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2022 yang lalu.
Gambar sekitar mesyuarat Agung kali ini:-