INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Thursday 28 March 2013

NUZUL AL QURAN

Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Surau Al-Ittihad, Taman Kiara pada Hari Nuzul Quran 17hb Ogos 2011. Tetamu Jemputan : Puan Azizah Johor, Penyelaras Dun Pasir Panjang.






GOTONG ROYONG

Majlis Gotong Royong Membersihkan Taman Kiara telah diadakan pada 6 Mac 2011 dengan kerjasama pekerja Majlis Perbandaran Manjung. Majlis dirasmikan oleh Pn. Tiong Mee Ling, Ahli Majlis MPM Kawasan Kampong Koh. Terima kasih kepada semua penduduk Taman Kiara yang terlibat.









Saturday 23 March 2013

MAJLIS KORBAN KALI KEDUA

Ibadah korban dan Sambutan Hari Raya Aidil Adha telah diadakan pada hari raya kedua (27 Oktober 2012) dengan semangat kerjasama antara semua penduduk Taman Kiara yang dikelolakan oleh Jawatan Kuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara dan Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara. Pada tahun ini 2 ekor lembu dan seramai 14 orang yang melakukan korban. Tahniah kepada semua dan bagi tahun 2013 ini, program ini diteruskan dan sebanyak 2 ekor lembu juga akan dikorbankan.











VIDEO IBADAH KORBAN 2012

MAJLIS KORBAN KALI PERTAMA

Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha 2011 telah diadakan pada 6hb November 2011 di Surau Al-Ittihad, Taman Kiara selepas sembahyang sunat Aidiladha. Majlis diadakan secara gotong royong oleh penduduk Taman Kiara. Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abd. Kadir telah menyumbang 1 ekor lembu sempena Majlis Korban ini. Terima kasih Dato' Seri.






KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA

Kursus Pengurusan Jenazah oleh Ustazah Asna bt. Othman dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara pada 26 Oktober 2011.




KURSUS PENGURUSAN JENAZAH LELAKI

Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki telah diadakan di Surau Al-Ittihad Taman Kiara pada 9.30 pagi, 15 Januari 2012 (Ahad) dan dihadiri lebih kurang 60 orang penduduk. Penceramah Jemputan ialah En. Jamal dari KDSK. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu AJK Surau dan AJK Wanita yang berusaha menjayakan program yang pertama bagi tahun 2012 ini.










KERJA MENURAP HALAMAN SURAU AL-ITTIHAD

Kerja-kerja menurap halaman Surau Al-Ittihad melalui projek PLB sedang giat dijalankan bermula 28 Mei 2012






GOTONG ROYONG MAJLIS PERKAHWINAN

23 Mac 2013, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara bersama Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara serta seluruh penduduknya bergotong-royong di rumah En Johari Sulaiman (Pengerusi) dan isterinya Junaidah Ali (Kak Ida) sempena perkahwinan puterinya iaitu NUR AFIDA BT JOHARI dengan pasangannya MUHD RIDUAN BIN ABD LATIF. Semua kerja berjalan dengan lancar dan tuan rumah iaitu En Johari (Pengerusi) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Insyaallah dengan berkat kerjasama dan semangat kejiranan ini akan menjalinkan hubungan yang harmoni di kalangan penduduk Taman Kiara.


SEBAHAGIAN DARIPADA AJK TAMAN KIARA YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI.