INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Saturday 30 March 2013

FRENDLY BOLA SEPAK

Perlawanan persahabatan bola sepak dengan Taman Fasa 2 B di Padang Fasa 2B pada hari Sabtu 23 Jun 2012. 







PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak kanak-kanak Taman Kiara dengan kanak-kanak Taman Fasa 2B pada hari Ahad, 8 Julai 2012 bertempat di padang bola Taman Kiara. 







SAMBUTAN RAYA DAN MERDEKA 2012

Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Bulan Kemerdekaan 2012 pada 9 September 2012.












Thursday 28 March 2013

KIDS FOOTBALL

KEJOHANAN BOLA SEPAK UNTUK KANAK-KANAK TAMAN KIARA DIADAKAN PADA 1 MEI 2012. SEBANYAK 4 PASUKAN BERTANDING DAN MEREKA BERMAIN SECARA LIGA. PIALA PUSINGAN DISEDIAKAN KEPADA PEMENANG



Video







KEM BESTARI SOLAT

Kem Bestari Solat telah diadakan pada 1 mei 2012 dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara. Pesertanya terdiri daripada kanak-kanak Taman Kiara dan Fasilitatornya ialah Ustaz dan Ustazah yang ada di Taman ini.





GOTONG ROYONG

Program Gotong Royong yang diadakan pada 28 April 2012. Gotong royong kali pertama bagi tahun 2012 ini menjalankan kerja-kerja menyiapkan stor surau Al Ittihad dan pembersihan kawasan sekitar Taman Kiara











SAMBUTAN HARI RAYA 2011


Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 Taman Kiara diadakan pada 1 Oktober 2011 jam 9.00 malam dengan tetamu jemputannya, Tn. Hj. Azri Jaafar, Pegawai Khas Dun Pangkor (Wakil Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir) En. Tan Heng Ong, Setiausaha MCA Bahagian Lumut (Wakil Ahli Parlimen Lumut, Dato' Seri Kong Cho Ha) En. Ting Tai Fook, Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Kawasan Lumut. Majlis dimeriahkan dengan persembahan rebana dari Kumpulan Rebana Al-Baniah, pimpinan Ketua Kampung Pasir Pandak, En. Mohamad Nazar Bidin. Juga pemberian Duit Raya kepada kanak-kanak dan Cabutan Bertuah. Terima kasih kepada semua jemputan-jemputan yang sudi hadir. Terima kasih juga kepada Ahli Parlimen Lumut, Dato' Seri Kong Cho Ha yang telah menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM2000.00 bagi menjayakan majlis ini. Cek disampaikan oleh En. Tan Heng Ong kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara.









PERSIAPAN SAMBUTAN HARI RAYA 2011

Persiapan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 Taman Kiara yang dijalankan secara gotong royong oleh semua penduduk Taman Kiara. Kerja-kerja persiapan majlis bermula pada 30 September 2011 dengan kerjasama AJK Majlis Sambutan dan penduduk Taman Kiara. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan penduduk Taman Kiara yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan ditahun-tahun hadapan.