INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Friday 17 May 2013

AKTIVITI GOTONG ROYONG


1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
                                                                                   
kepada,
Semua Penduduk Taman Kiara

Program GOTONG-ROYONG akan diadakan pada tarikh dan masa seperti ketetapan berikut:
TARIKH         : 24 Mei 2013 (Jumaat)
MASA             : 8.00 pagi – 12.tengah hari
8.00 pagi – Berkumpul di Padang Taman Kiara (Taklimat Penyelaras Aktiviti)

Oleh itu, semua penduduk Taman Kiara diminta hadir beramai-ramai ke padang Taman Kiara seperti masa dan tarikh yang dimaklumkan. Bawa bersama anda peralatan bergotong royong yang difikirkan sesuai. Sekian, harap maklum.
Terima kasih.

Wednesday 15 May 2013

LOGO PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN KIARA

Setelah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa PKPTK kali kedua pada 14 mei 2013


Keterangan LOGO:
1.TK – membawa maksud Taman Kiara
2.RUMAH – Semangat kekeluargaan yang tinggi di kalangan penduduk
3.Bentuk Semi D – Semua penduduk berada di bawah satu naungan Persatuan Penduduk yang sama.
4.1997 – Taman Kiara Wujud
5.Warna KuningSemangat Kejiranan. Memegang teguh kepada prinsip Rukunegara, Ketaatan kepada Tuhan dan mendaulatkan raja.
6.Warna BiruKeharmonian antara jiran. Tiada perasaan hasad dengki dan hidup bersatu pada serta aman.
7.Warna MerahSemangat kerja sepasukan dalam apa jua aktviti taman.
8.Warna HijauPenduduk taman yang majoriti beragama Islam.


SESI BERSAMA USTAZ SHARHAN SHAFIE


Sesi rawatan akan dikendalikan oleh Al Fadhil Ustaz Sharhan Shafie (Pengamal Perubatan islam) dan pasukannya pada :
20 mei 2013 (Isnin) selepas solat Asar (5.00 - 7.00pm) bertempat di Surau Al-Ittihad, Taman Kiara.

Pendaftaran: SEGARA
Segala pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urusetia program Ustaz Syaubari (012-5953680)
Terima Kasih.

Wednesday 8 May 2013

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT

Jumaat, 2 MEI 2013, Program Bacaan Yassin dan Doa selamat bersama Cikgu Rashidi bin Ibrahim di Surau Al-Ittihad Taman Kiara. 









Tuesday 2 April 2013

PROGRAM SALAM SAYANG

Program Salam Sayang anjuran Penyelaras DUN Pasir Panjang (Dr Azizah binti Johor) di Taman Kiara pada 2 April 2013. Antara tentatif program ini ialah:


7.00 PM                - PENDAFTARAN
7.25 PM                - SOLAT MAGHRIB
7.50 PM                - BACAAN YASSIN
                                - TAHLIL
8.30 PM                - SOLAT ISYAK
9.00 PM                - UCAPAN  - PN DR AZIZAH BT JOHOR
                                  PENYELARAS DUN PASIR PANJANG
9.20 PM                - PENYAMPAIAN CENDERAHATI
10.00 PM             - JAMUAN
10.30 PM             - BERSURAI

Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.
























TABUNG SURAU

Pada 19 Mac 2013, Tabung Surau Al-Ittihad telah didapati dipecah oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pengerusi Taman telah membuat laporan polis.



KELAS TAJWID

KELAS TAJWID / FARDU AIN / FEKAH / TAUHID..1 BULAN 2 KALI ..JUMAAT MALAM SABTU..BERSAMA USTAZ ISMAIL




PROGRAM BIRO SUKAN

FUTSAL, Biro Sukan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara mengadakan aktiviti sukan FUTSAL untuk remaja dan dewasa. di MISA (Manjung Indoor Sport Arena) pada setiap Juamat malam Sabtu pukul 10 malam selepas kelas Solat Isya' atau kelas Fardu Ain.








BILIK AIR MUSLIMAT

Pada 3 Februari 2013, gotong royong membersihkan kawasan surau dan kerja menyiapkan bilik air dan tempat wuduk muslimat.







PROGRAM BELIA DAERAH MANJUNG DI TAMAN KIARA


PROGRAM EKSPRESI BELIA (SUKAN RAKYAT)
Anjuran Majlis Belia Daerah Manjung Dengan Kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara 
Lokasi : Padang Taman Taman Kiara
Tarikh : 17 MAC 2013 (Ahad)
Jam : 8.30 pagi

Penduduk Taman Kiara berpeluang mengambil bahagian di dalam senamrobik dan sukaneka yang dianjurkan. Semoga program sebegini akan diadakan lagi di masa-masa hadapan.
Terima kasih kepada semua.










video senamrobik