INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Tuesday 1 April 2014

KEJOHANAN BOLASEPAK REMAJA TERBUKA TAMAN KIARA

29 MAC 2014

Kejohanan Bolasepak Remaja Terbuka Taman Kiara 2014 telah disertai oleh 8 pasukan dari sekitar Lekir. Kejohanan yang pertama kali diadakan ini telah dimenangi oleh pasukan Superio (Batu 7) dengan mengalahkan pasukan Hyper FC (Batu 10) dengan jaringan 6-0. Tempat ke-3 telah dimenangi oleh pasukan Etihad 'A' (Taman Kiara) yang mengalahkan pasukan Arianna Rose (Pasir Panjang) dengan jaringan 3-2. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.






















Foto Oleh Azman Abd Jalil


PENYERAHAN JERSI BOLA

27 Mac 2014. Penyerahan Jersi Bolasepak Pasukan Remaja Taman Kiara sumbangan En. Muhd Faizal Hashim kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, En. Rosli Abdul Hamid. Ribuan terima kasih diucapkan.




PROGRAM KESIHATAN BERSAMA KLINIK KESIHATAN LEKIR

8 MAC 2014

Pameran & Ceramah Kesihatan bersama Dr. Siti Farah Shahida dan Dr. Madihah dari Klinik Kesihatan Lekir. Anjuran bersama Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara. Antara acara yang diadakan ialah Senamrobik, Pameran Nyamuk Aedes, Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma.




















FOTOGRAFI oleh Azman Abd Jalil


Sunday 23 February 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA KE 3

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JAWATANKUASA SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA KALI KE-3 TAHUN 2014 PADA:

16 Februari 2014
Hari Ahad
Jam 9.00 malam
Di Perkarangan Surau Al-Ittihad






Ahli Jawatankuasa sesi 2014-2015

Pengerusi
Ustaz Mohd Syaubari bin Othman

Timbalan Pengerusi
Ustaz Zainal Abidin bin Bahari

Setiausaha
En Mohd Hafiz bin Abd Rahim

Penolong Setiausaha
En Mohd Norfakhiruddin bin Ismail

Bendahari
En Zalizan bin Ahmad

AJK
En Abas bin Sapawi
Pn Salwa bt Ismai
Pn Fauzian bt Sabri
En Ahmad Shapawi b Mat Arip
En Ahmad Hedar bin Hashim
En Mohd Nor Rejab
En Zubir Hj Salleh
En Khalid bin Ahmad Zohdi






Monday 17 February 2014

PROGRAM BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

AHAD, 16 Februari 2014, jam 9.00 pagi. Satu Program Ceramah, Demontrasi dan Pameran oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Sitiawan telah diadakan di padang Taman Kiara anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara.