INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Saturday 24 January 2015

PENGAJIAN FARDU AIN ASAS

Biro Agama Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara telah mengajur satu Pengajian Fardu Ain Asas yang bertajuk Solat-kekeliruan ketika ibadat solat yang perlu dielakkan pada hari ini 24 Januari 2015 bertempat di Surau Al Ittihad Taman Kiara. Kelas ini disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Zulhaidi bin Mohamed.


Thursday 8 January 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

RABU 7 JANUARI 2014
5.00 PETANG
PADANG ASTAKA SITIAWAN
TAMAN KIARA FC
VS
PEJABAT TANAH DAN DAERAH MANJUNG







KEPUTUSAN

TAMAN KIARA 3
PDT     1



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 HIJRAH

SABTU 3 JANUARI 2015
13 RABIUL AWAL 1436H
PERKARANGAN SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA

MALAM (JUMAAT 2 JANUARI 2015)
FORUM PERDANA

SIANG (PAGI SABTU- 8.00AM)
PERARAKAN MAULIDUR RASUL
QASIDAH OLEH PONDOK HIDAYATULLAH BATU 8 LEKIR
MEWARNA KANAK-KANAK
MENCIPTA DIALOG REMAJA
PENYAMPAIAN HADIAH




Gambar Acara Malam
Forum Perdana
Maulidur Rasul
Panel Ustaz Mazlan bin Md Yusof dan Ustaz Nazri bin Jali 

Di pengerusikan oleh Ustaz Ahmad Azrin bin Hj Ghazali




















Qasidah Ya Hanana
Oleh Pelajar Pondok Hidayatullah
Batu 8 Lekir.

Saturday 25 October 2014

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1436

Seluruh penduduk Taman Kiara mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua umat Islam.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh penduduk Taman Kiara ialah bacaan yassin, tahlil dan doa selamat serta doa akhir tahun bermula jam 6.45 petang di Surau Al-Ittihad Taman Kiara. Selepas solat maghrib, disusuli dengan bacaan doa awal tahun. Selepas itu dijalankan majlis akad nikah anak perempuan En Basri dengan pasangannya. Selepas solat Isyak, semua jemaah ke rumah En Basri bertahlil dan membaca doa selamat sempena pernikahan anak perempuannya.
25 Oktober, penduduk taman membantu En Basri dan Isteri melancarkan majlis kenduri kahwin anak perempuannya. Semoga tahun baru ini memberikan hidayah dan keharmonian kepada seluruh penduduk Taman Kiara. Amin.







Sunday 5 October 2014

PROGRAM KORBAN 1435H/2014M

Ahad 10 Zulhijjah 1435 bersamaan 5 Oktober 2014, Hari Raya pertama Aidil Adha. Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara dan Jawatankuasa Surau Al-Ittihad Taman Kiara sekali lagi melaksanakan ibadah Qurban. Pada tahun ini 2 ekor lembu dikorban di pagi hari raya selepas jemaah menunaikan Solat Aidil Adha di Surau Al Ittihad Taman Kiara. Sembahyang Sunat Aidil Adha pada tahun ini di Imamkan oleh Ustaz Mohd. Syaubari bin Othmandan khatib yang membaca khutbah ialah Ustaz Fakhrul Zaki bin Fazail, manakala bilal bertugas ialah En Mohd Nor bin Hj Md Rejab. Solat sunat Aidil Adha ditunaikan pada jam 8.30 pagi dan pada jam 9.30 pagi semua penduduk taman berkumpul di padang untuk ibadah Qurban pula. Majlis selesai pada jam 12.30 tgh dan semua jemaaah menunaikan solat Zohor serta bertahlil. Selesai semua, jemaah menikmati jamuan yang dihidangkan.

Senarai Peserta Ibadah Qurban.
Lembu pertama:
1.  Pn Ruzana Hj M Ali
2.  En Alias Hj Kamaridi
3.  Pn Aishah Zainon
4.  Pn Shamseh Rawe
5.  Muhammad Muhaimin Mazni
6.  Mohd Amir Fiqrie Mazlan
7.  Aliff Hakimi Mohd Kairul Rizam

Lembu kedua:
1.  Mohd Arsyad Zainuddin
2.  Nur Hasitah Mat
3.  Nazira Huda Julijam
4.  Ain Faqzana Julijam
5.  Nurul Husna Yaacob
6.  Dayangku Hanis Sofea Mohd Hanifah
7.  Nazirul Mubin Mohd Ali