INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Sunday 27 December 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015/1437H

Sambutan Maulidur Rasul 1437H telah disempurnakan bermula malam Khamis 23 Disember 2015 dengan Forum Cinta Rasul. Program diteruskan lagi pada sebelah pagi Khamis dengan perarakan serta pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, menulis jawi untuk remaja, menulis khat untuk dewasa serta pertandingan memasak untuk pasangan suami isteri. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan khasnya kepada kaum wanita yang diterajui oleh Puan Rosmeza selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara yang bertungkus lumus dari awal lagi bagi menjayakan program ini. Juga tidak dilupakan Seluruh Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara serta Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kiara. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas kerjsama anda bagi menjayakan program ini.

Insya Allah, tahun hadapan jumpa lagi.
















GOTONG ROYONG PERDANA 2015

Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara sekali lagi menganjurkan GOTONG ROYONG PERDANA bagi tahun 2015. Gotong royong ini juga melibatkan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Acara cabutan bertuah juga diadakan bagi penduduk yang hadir menjayakan program ini. Sekalung penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada semua AJK Taman, AJK Wanita dan AJK Surau serta seluruh penduduk taman yang menjayakan program ini.














Monday 9 November 2015

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN KIARA

28 Oktober 2015, bertempat di MBA (manjung badminton arena) berhadapan dengan Taman Kiara yang baru dibuka secara rasminya telah diadakan KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN KIARA.

Keputusan =
Separuh Akhir 1.
Shahrizal-Fazrul 42
Khalid-Azim 32

Separuh Akhir 2.
Jesni-Fakhir 42
Badrul-Radzuan 40

Perlawanan Akhir. 
Shahrizal-Fazrul 42 
Jesni-Fakhir 37

Juara = Shahrizal / Fazrul

Tahniah kepada semua pemenang.










Sunday 8 November 2015

IBADAH KORBAN 1436H

Tahun ini sekali lagi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara melaksanakan ibadah korban. Cuma pada tahun ini hanya seekor lembu sahaja. Seramai 7 orang peserta penduduk taman dan peserta dari luar taman kiara juga turut mengambil bahagian. Ibadah korban dilaksanakan selepas selesai menunaikan solat sunat aidil adha yang dilakukan di Surau Al Ittihad Taman Kiara.













PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

Program bacaan yassin dan solat hajat bagi anak-anak penduduk Taman Kiara yang akan menduduki peperiksaan UPSR, UPKK, PT3, SPM dan SRAI telah diadakan diSurau Al Ittihad Taman Kiara pada 27 Ogos 2015 malam Jumaat.