INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Wednesday 1 March 2023

AGM KE-12 PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN KIARA

 Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 Tahun 2023

persatuan kebajikan penduduk taman kiara sitiawan

Pada tahun ini, 2023 Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan, Perak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-12. Ini bermakna sudah 12 Tahun Persatuan ini ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). 

Persatuan ini telah di daftarkan pada 11 September 2011 dengan nombor daftarnya PPM-011-08-11092011. Mesyuarat telah diadakan pada hari Ahad, 26 Febuari 2023 bermula pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Mesyuarat kali ini tiada pelantikan Jawatankuasa yang baharu, cuma pembentangan kewangan dan laporan tahunan sahaja. 

Cabutan bertuah juga disediakan kepada ahli-ahli yang hadir mesyuarat pada kali ini. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan seluruh jawatankuasa persatuan sesi 2022/2023 yang berjaya menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2022 yang lalu.

Gambar sekitar mesyuarat Agung kali ini:-





















Sunday 19 February 2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-12

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-12

Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan Perak.


Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara Sitiawan Perak akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kalai Ke-12 pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 26 Februari 2023
Hari : Ahad
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Al-Ittihad Taman Kiara
Perasmi: YB ADUN Astaka

Jemput semua ahli persatuan dan juga penduduk Taman Kiara yang ingin menyertai persatuan ini untuk hadir. 

HADIAH CABUTAN BERTUAH DISEDIAKAN 

Wednesday 11 January 2023

TAMAN KIARA KEHILANGAN SEORANG AHLI YANG AKTIF

 


Hari ini, 11 Januari 2023, Taman Kiara Sitiawan Perak telah kehilangan seorang insan yang bernama Abu Bakar bin Yeop yang lebih suka di panggil Pak Bakar atau Abang Ben dari TERATAK 99.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al Fatihah

Tuesday 18 October 2022

SUKANEKA TAMAN KIARA SITIAWAN 2022

 



Sempena Sambutan hari Sukan Negara peringkat Kebangsaan pada 8 Oktober 2022. Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara menyahut dengan mengadakan SUKANEKA Taman Kiara 2022.
Sukaneka ini dikendalikan oleh Biro Sukan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara iaitu En Ahmad Tarmizi bin Rohim dan En Shahrizal bin Safie. 
Program Sukaneka ini juga dikendalikan dan diuruskan dengan begitu bersemangat oleh Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara yang di ketuai oleh Pengerusi nya Pn Rosmeza binti Abdullah.
Sukaneka ini juga dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara.

Terima kasih kepada ADUN Astaka iaitu Saudara Teoh Yee Chern yang sudi hadir merasmikan Sukaneka ini.
Tahniah juga kepada peneraju utama Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara iaitu En Rosli bin Abdul Hamid sebagai Pengerusinya.

Tahniah dan terima kasih kepada semua.
Anak-anak Taman Kiara juga begitu seronok menyertai acara yang diadadakan.
Antara acara yang diadakan mengikut kategori
Kanak-kanak 4 - 6 tahun
Kanak- kanak 7 - 12 tahun
Lelaki Dewasa dan Perempuan Dewasa.

Antara acara yang diadakan seperti
1. Isi air dalam botol.
2. Bawa bola ping pong dalam sudu
3. Bawa pundi kacang atas kepala
4. pancing botol.
5. Musang berjanggut
5. Sepak raga bulat
6. Boling

Tahniah kepada pemenang, yang tidak menang tahun depan cuba lagi.

Sekian terima kasih. Jumpa lagi

#pakmalau 
#ayu 
#tamankiara
#edidikmalaysia 
#kelabgurumalaysia 
#akademiyoutubermalaysia 
#sukaneka 
#harisukannegara

Monday 30 May 2022

SAMBUTAN AIDILFITRI 1443H/2022 PERINGKAT TAMAN KIARA

 


Sambutan Aidilfitri Taman Kiara

Pada 28 Mei 2022 / 27 Syawal 1443H

Hari Sabu jam 9.30 malam

Dirasmikan oleh YB ADUN Astaka , Teoh Yee Chern










PERSIAPAN SAMBUTAN RAYA 2022

 Seluruh penduduk Taman Kiara bergotong-royong membuat persiapan bagi Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri 1443H/2022 pada 28 Mei 2022 nanti














SUMBANGAN KURMA OLEH YB ASTAKA TEOH YEE CHERN

Rabu 27 April 2022 / 26 Ramadan 1443H

Semua Penduduk Taman Kiara