Tahun ini sekali lagi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara melaksanakan ibadah korban. Cuma pada tahun ini hanya seekor lembu sahaja. Seramai 7 orang peserta penduduk taman dan peserta dari luar taman kiara juga turut mengambil bahagian. Ibadah korban dilaksanakan selepas selesai menunaikan solat sunat aidil adha yang dilakukan di Surau Al Ittihad Taman Kiara.
d/a SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA, 32000 SITIAWAN, PERAK. NO PENDAFTARAN BAHARU: PPM-011-08-11092011
INGIN MENJADI AHLI
Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:
BORANG AHLI - Klik sini.
Selepas diisi, emailkan kepada:-
penduduktamankiara@gmail.com
PERLEMBAGAAN PERSATUAN - klik sini
AKAUN BANK PERSATUAN
SUKANEKA TAMAN KIARA 2022
Sunday 8 November 2015
PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT
Program bacaan yassin dan solat hajat bagi anak-anak penduduk Taman Kiara yang akan menduduki peperiksaan UPSR, UPKK, PT3, SPM dan SRAI telah diadakan diSurau Al Ittihad Taman Kiara pada 27 Ogos 2015 malam Jumaat.
SAMBUTAN AIDIL FITRI 1436 H / 2015 M
Sambutan di adakan pada 8 Ogos 2015 bersamaan 23 Syawal 1436H, iaitu pada malam Sabtu bermula selepas solat Isyak di padang Taman Kiara. Persiapan yang meriah telah dijayakan oleh seluruh penduduk taman dengan jawatankuasa yang terlibat. Ucapan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Wanita Taman Kiara, Jawatankuasa Kebajikan Penduduk Taman Kiara dan Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah kepada semua.
Tuesday 16 June 2015
Monday 15 June 2015
GOTONG ROYONG SEBELUM RAMADHAN
Seluruh penduduk Taman Kiara telah bergotong royong membersihkan kawasan Surau Al Ittihad pada Ahad 14 Jun 2015 sebelum menyambut bulan Ramadhan 1436H. Aktiviti anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk, Surau Al Ittihad dan Persatuan Kebajikan Wanita ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mengimarahkan surau sambil membersihkan perkarangan surau sebelum ketibaan Ramadhan Al Mubarak. Terima kasih diucapkan
Subscribe to:
Posts (Atom)