d/a SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA, 32000 SITIAWAN, PERAK. NO PENDAFTARAN BAHARU: PPM-011-08-11092011
INGIN MENJADI AHLI
Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:
BORANG AHLI - Klik sini.
Selepas diisi, emailkan kepada:-
penduduktamankiara@gmail.com
PERLEMBAGAAN PERSATUAN - klik sini
AKAUN BANK PERSATUAN
SUKANEKA TAMAN KIARA 2022
Sunday 27 December 2015
GOTONG ROYONG KENDURI
26 Disember 2015, Seluruh warga Taman Kiara bergotong royong bagi menyempurnakan Majlis Perkahwinan anak Encik Hassan bin Abd Rahman dan Puan Zabidah binti Karah iaitu Mohd Noorhafizzudin dan pasangannya Noramira binti Abdul Rauff. Syabas dan tahniah kepada semua. Berkat kerjasama yang utuh, majlis berjalan dengan lancar. Juga tidak dilupakan Selamat Pengantin baharu kepada FIZZ & MIRA.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015/1437H
Sambutan Maulidur Rasul 1437H telah disempurnakan bermula malam Khamis 23 Disember 2015 dengan Forum Cinta Rasul. Program diteruskan lagi pada sebelah pagi Khamis dengan perarakan serta pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, menulis jawi untuk remaja, menulis khat untuk dewasa serta pertandingan memasak untuk pasangan suami isteri. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan khasnya kepada kaum wanita yang diterajui oleh Puan Rosmeza selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara yang bertungkus lumus dari awal lagi bagi menjayakan program ini. Juga tidak dilupakan Seluruh Jawatankuasa Surau Al Ittihad Taman Kiara serta Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kiara. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas kerjsama anda bagi menjayakan program ini.
Insya Allah, tahun hadapan jumpa lagi.

GOTONG ROYONG PERDANA 2015
Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara sekali lagi menganjurkan GOTONG ROYONG PERDANA bagi tahun 2015. Gotong royong ini juga melibatkan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Acara cabutan bertuah juga diadakan bagi penduduk yang hadir menjayakan program ini. Sekalung penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada semua AJK Taman, AJK Wanita dan AJK Surau serta seluruh penduduk taman yang menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)