Khamis 2 Ramadhan, Majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penduduk, Persatuan Wanita dan Surau Al Ittihad Taman Kiara. Acara bermula jam 7.00 petang dengan bertahlil dan berdoa selamat sebelum berbuka puasa dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah. Selapas solat Maghrib, semua jemaah menjamu selara dengan hidangan yang disediakan. Acara diteruskan dengan solat Isya' berjemaah dan solat Tarawih sebanyak 8 raka'at di diselitkan dengan tazkirah Ramadhan. Selepas itu baru solat witir. Selepas selesai solat Witir acara diteruskan dengan bertadarus Al Quran yang disertai oleh kaum bapa, ibu, remaja lelaki dan perempuan serta kanak-kanak Taman Kiara. Begitulah aktiviti Surau Al Ittihad sepanjang Bulan Ramadhan ini kecuali malam minggu solat Tarawih sebanyak 20 raka'at dan tiada tazkirah Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dan keimanan untuk menjadi Insan yang bertakwa. InsyaAllah.
Majlis Berbuka Puasa
Solat Bejemaah
Menikmati Juadah
Tazkirah Ramadhan
Moreh
Kumpulan Bertadarus
Jadual Imam bertugas dan pentazkirah
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kerjasama anda