Hari ini, 26 Januari 2014 bertempat di perkarangan Surau Al Ittihad Taman Kiara, bermula jam 9.00 pagi satu Mesyuarat Agung Tahunan kali ketiga telah diadakan. Mesyuarat berjalan dengan lancar sekali. Pada kali ini mesyuarat memilih jawatankuasa yang baharu bagi menerajui Persatuan ini.
Sebelum ini, ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada seluruh Jawatankuasa yang terdahulu (sesi 2102-2013) yang diketuai oleh EN JOHARI BIN SULAIMAN yang telah menjalankan tugas dengan sempurna dan CEMERLANG sekali di mana Taman Kiara sudah terkenal di sekitar Daerah Manjung ini.
Ahli mesyuarat telah menjalankan proses pengundian berdasarkan pencalonan yang telah dibuat oleh Ahli sendiri. Berdasarkan proses pengundian tersebut, maka inilah Jawatankuasa yang baharu
Gambar sekitar Mesyuarat
PROSES PENGUNDIAN
TAHNIAH kepada Jawatankuasa yang baharu. Jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggungjawab demi kemajuan, kemakmuran dan kesepaduan Penduduk Taman Kiara.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kerjasama anda