INGIN MENJADI AHLI

Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:

BORANG AHLI - Klik sini.

Selepas diisi, emailkan kepada:-

penduduktamankiara@gmail.com


AKAUN BANK PERSATUAN

AKAUN BANK PERSATUAN
UNTUK MEMBAYAR YURAN ATAU MENYUMBANG

SUKANEKA TAMAN KIARA 2022

Sunday 26 April 2015

SUKANEKA TAMAN KIARA 2015

AHAD, 26 April 2015 bertempat di padang Taman Kiara berlangsung acara SUKANEKA TAMAN KIARA 2015, anjuran Biro Sukan dan Sosial, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara. Program ini khas untuk ahli-ahli persatuan yang berdaftar. Acara terbahagi kepada kategori dewasa lelaki. dewasa perempuan, remaja lelaki dan remaja perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Juga diadakan acara berpasangan , iaitu suami dan isteri atau anak dan ibu atau anak dan bapa atau adik beradik lelaki dan perempuan. Acara menarik lagi dengan acara tarik tali bagi lelaki dan perempuan. Acara bermula dengan senamrobik pada jam 7.30 pagi dan SUKANEKA bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Tahniah kepada yang menang, kepada yang tidak bernasib baik, cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih juga kepada semua ahli Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan terima kasih kepada yang terlibat bagi menjayakan program ini , iaitu AJK Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara, AJK Surau Al Ittihad Taman Kiara, semua ahli persatuan, semua remaja dan kanak-kanak yang terlibat dan kepada sesiapa sahaja yang telah menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program ini. Terima Kasih.

















No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kerjasama anda