d/a SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA, 32000 SITIAWAN, PERAK. NO PENDAFTARAN BAHARU: PPM-011-08-11092011
INGIN MENJADI AHLI
Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:
BORANG AHLI - Klik sini.
Selepas diisi, emailkan kepada:-
penduduktamankiara@gmail.com
PERLEMBAGAAN PERSATUAN - klik sini
AKAUN BANK PERSATUAN
SUKANEKA TAMAN KIARA 2022
Wednesday, 4 September 2013
Tuesday, 27 August 2013
Friday, 23 August 2013
TARIKH SAMBUTAN HARI RAYA DAN KEMERDEKAAN
Setelah bermesyuarat, seluruh jawatankuasa bersetuju untuk menganjurkan majlis
JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI
DAN
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 56
pada
AHAD (1 SEPTEMBER 2013)
JAM 9.15 MALAM (Selepas solat Isyak)
DI PADANG BOLA TAMAN KIARA
Semua penduduk taman sama ada ahli atau pun tidak diJEMPUT hadir. Bayaran RM 15.00 untuk satu keluarga bagi menampung perbelanjaan. Bayaran boleh dibuat kepada ketua blok masing-masing selewat-lewatnya 28 Ogos 2013.
Sekian, Harap maklum.
Thursday, 1 August 2013
SELAMAT HARI RAYA
Minggu depan dah mula warga taman yg akan pulang ke dasa berhari raya..dan ada juga yg beraya di sini..apa2 pun seluruh ahli jawatankuasa taman, wanita dan surau mengucapkan selamat berhari raya..dan berhati2 memandu..semoga sampai ke destinasi dgn selamat..teruskan amalan kita sehingga akhir ramadhan..Malam esok dan lusa ada Qiamullail bermula jam 4.00 pagi
Thursday, 25 July 2013
MAJLIS KHATAM AL QURAN
JUMAAT 17 Ramadhan 1434H bersamaan 26 Julai 2013 bermula jam 8.30 pagi di Surau Al Ittihad Taman Kiara berlangsung Majlis Khatam Quran sempena Hari Nuzul Quran. Peserta Tadarus Al Quran yang terdiri daripada remaja lelaki, dewasa lelaki, remaja perempuan dan dewasa perempuan. Setiap malam selapas solat tarawih, para peserta akan bertadarus 1 juzuk setiap malam.
Program juga diselit dengan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di Taman Kiara ini. Juga tidak ketinggalan pada bilal dan siak yang bertugas selama ini.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program ini dan seterusnya mengimarahkan surau Al-Ittihad untuk ihya' Ramadhan bagi tahun ini.
Wednesday, 24 July 2013
SAMBUTAN HARI NUZUL QURAN
Surau Al-Ittihad Taman Kiara akan mengadakan sambutan Nuzul Quran pada 17 Ramadhan 1434H bersamaan Jumaat 26 Julai 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Antara acaranya ialah Khatam Al Quran , penyampaian saguhati dan sumbangan anak yatim serta ibu tunggal. Pada sebelah petangnya majlis berbuka puasa, solat tarawih dan ceramah Nurul Quran. Semua penduduk Taman Kiara dijemput datang beramai-ramai meraikan majlis ini. Sekian, harap maklum.
Thursday, 18 July 2013
Thursday, 11 July 2013
IHYA' RAMADHAN SURAU AL-ITTIHAD
Khamis 2 Ramadhan, Majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penduduk, Persatuan Wanita dan Surau Al Ittihad Taman Kiara. Acara bermula jam 7.00 petang dengan bertahlil dan berdoa selamat sebelum berbuka puasa dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah. Selapas solat Maghrib, semua jemaah menjamu selara dengan hidangan yang disediakan. Acara diteruskan dengan solat Isya' berjemaah dan solat Tarawih sebanyak 8 raka'at di diselitkan dengan tazkirah Ramadhan. Selepas itu baru solat witir. Selepas selesai solat Witir acara diteruskan dengan bertadarus Al Quran yang disertai oleh kaum bapa, ibu, remaja lelaki dan perempuan serta kanak-kanak Taman Kiara. Begitulah aktiviti Surau Al Ittihad sepanjang Bulan Ramadhan ini kecuali malam minggu solat Tarawih sebanyak 20 raka'at dan tiada tazkirah Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini mendapat keberkatan dan keimanan untuk menjadi Insan yang bertakwa. InsyaAllah.
Majlis Berbuka Puasa
Solat Bejemaah
Menikmati Juadah
Tazkirah Ramadhan
Moreh
Kumpulan Bertadarus
Jadual Imam bertugas dan pentazkirah
Sunday, 7 July 2013
Friday, 21 June 2013
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1434H
Al-Quran ,Surah Al Baqarah:Ayat 195:
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261, "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya,"
Subscribe to:
Posts (Atom)