Ceramah Israk dan Mikraj disampaikan oleh Ustaz Zaki bin Haji Zakaria, pensyarah UNIKL pada 28 Rejab 1435H bersamaan 28 mei 2014.
Tahniah kepada Jawatankuasa Surau Al-Ittihad
d/a SURAU AL-ITTIHAD TAMAN KIARA, 32000 SITIAWAN, PERAK. NO PENDAFTARAN BAHARU: PPM-011-08-11092011
INGIN MENJADI AHLI
Muat turun BORANG KEAHLIAN di sini:
BORANG AHLI - Klik sini.
Selepas diisi, emailkan kepada:-
penduduktamankiara@gmail.com
PERLEMBAGAAN PERSATUAN - klik sini
AKAUN BANK PERSATUAN
SUKANEKA TAMAN KIARA 2022
Saturday 31 May 2014
Sunday 25 May 2014
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI 2014
Sunday 18 May 2014
SAMBUTAN HARI IBU TAMAN KIARA 2014
Bagi mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara dengan Persatuan Wanita Taman Kiara menganjurkan Sambutan Hari Ibu peringkat taman. Antara aktivitinya ialah membuat kad jemputan kad Hari Ibu oleh kanak-kanak, mengarang, bacaan yassin dan tahlil, kuliah maghrib oleh Ustaz Zikro dan jamuan makan.
Sunday 4 May 2014
PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA 2014
Satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara melibatkan semua penduduk Taman Kiara. Bergotong royong membersihkan kawasan taman supaya kelihatan bersih dan indah di samping selamat daripada pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa demam denggi yang membawa maut.
Program pada tahun ini mendapat kerjasama daripada MPM, di mana mereka memnyediakan jentera berat seperti lori dan jengkaut untuk kerja-kerja mengangkat sampah dan membersihkan kawasan yang diperlukan.
Dengan kekuatan penduduk hampir 100 orang, kerja bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Program di mulai dengan perasmian oleh AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG iaitu En Jason Teng Keek Soong amp. Simbolik sebagai acara perasmian, beliau menanam sepohon pokok mangga sebagai tanda bermulanya program.
Pihak Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga taman, Jawatan Kuasa Wanita, Jawatankuasa Taman, Ahli Majlis , En Jason dan MPM dalam menjayakan program ini.
Monday 21 April 2014
LIGA BOLA JARING 5 SEBELAH TAMAN KIARA 2014
AHAD 20 APRIL, Anjuran Persatuan Kebajikan Wanita Taman Kiara dan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kiara, Sitiawan. 4 Pasukan menyertainya iaitu: The Blue Warrior, Diamonds, The Morning Glory dan The Red Lily. Johan ialah Pasukan The Blue Warrior dan Naib Johan ialah Pasukan The Morning Glory. Tahniah kepada yang berjaya, yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan
Sunday 13 April 2014
LIGA BOLA SEPAK 6 SEBELAH
AHAD, 13 April 2014, 8.30 pagi bertempat di padang Taman Kiara, berlangsung pertandingan Liga Bola Sepak 6 Sebelah. Antara pasukan yang terlibat ialah: 1. Veteran Kiara. 2. Veteran Ittihad 3. Veteran 6 Stone 4. Jejaka Hangat 5. Jejaka Jambu. Setiap pasukan mendaftar seramai 9 pemain dan hanya 6 sahaja pemain bermain pada suatu masa. Pertandingan di Juarai oleh Pasukan Jejaka Hangat bila mengalahkan Veteran Kiara dalam perlawanan akhir dengan kemenangan 3 berbalas 1. Tahniah kepada yang menang, kepada yang tidak bernasib baik cuba lagi di lain kali. Sekalung penghargaan kepada semua ahli yang terlibat bagi menjayakan program ini terutamanya Biro Sukan dan Sosial yang bertungkus lumus untuk melaksanakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)